Tuesday, September 20, 2011

Jalur Gemilang

Salam korang!

Lately banyak sangat perkara-perkara remeh yang diperbesarkan. Contoh terbaik kes yang tengah hot sekarang ialah berkenaan bendera Malaysia aka jalur gemilang yang rupanya mirip bendera US. Kes ini macam sama dengan kes unsur illuminati yang terdapat pada ketupat, rekabentuk Bandar Putrajaya.

Bagi saya apa ada hal dengan sama atau tidak sebab yang penting ‘niat’ ataupun ‘apa yang kita faham dan percaya’ pada apa yang kita lihat. Jalur gemilang tetap jalur gemilang selagi kita tak samakannya dengan bendera US. Kan? Ia tetap jalur gemilang yang telahpun kita ketahui maksud setiap corak dan jalur yang ada padanya.

Walaupun apapun yang berlaku dahulu dan walau sesiapapun yang terlibat merekabentuk jalur gemilang itu, ia tetap jalur gemilang yang kita banggakan sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Peliklah dengan dunia sekarang. Punyalah banyak lagi isu besar yang perlu diselesaikan, isu jalur gemilang yang hanya satu bendera tidak bernyawa ini juga yang nak ditumpukan.

Just my 2 cents ok.
Tiada berkait dengan mana-mana orang, parti politik ataupun sewaktu dengannya.
K bai!

Thursday, September 8, 2011

Gempa Bumi lagi!

Salam korang!

Baru sahaja semalam saya cerita pasal gempa bumi, hari ini di Akhbar Online dah update gempa bumi terbaru di Jepun malam tadi. Petikan berita saya share di sini;

Jepun dilanda gempa bumi 5.1 Skala Richter
08/09/2011 2:35am

TOKYO 8 Sept. – Satu gempa bumi sekuat 5.1 Skala Richter menggegarkan utara Jepun malam tadi, namun tiada laporan kerosakan dan kecederaan dikeluarkan.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa tersebut melanda pada pukul 8.39 malam waktu Malaysia di luar pesisir pantai Urakawa di selatan pantai pulau Hokkaido.
Pusat gempa tersebut bagaimanapun berada jauh daripada kawasan gempa 11 Mac lalu yang berlaku di pantai timur laut negara ini. – AFP
Sebelum inipun gempa bumi turut berlaku di Sumatera Utara. Kesan gegaran turut di rasakan di sesetengah tempat di Malaysia temasuk Pualau Pinang. Gempa bumi yang terlalu kerap berlaku dan dilaporkan sekarang sebenarnya satu petunjuk yang Allah nak berikan kepada kita yang dunia sudha hampir ke penghujungnya. Cuma kita tak tahu bila sebab hanya Dia yang Maha Tahu. Tapi, masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan melipat gandakan ibadah supaya masa depan kita di akhirat kelak cerah. Akhirat yang kekal abadi.

Wednesday, September 7, 2011

Gempa Bumi

Salam korang!

Salam Hari Rabu. Tak ada istilah Wordless Wednesday untuk saya sebab kali ini saya nak juga guna words. Lately, hampir setiap hari ada sahaja berita pasal gempa bumi di seluruh dunia. Gegaran demi gegaran yang berlaku buat saya teringat bahawa ia adalah satu satu dari petanda hampirnya Hari Kiamat. Sebelum ini ia tidak berapa disedari sehinggalah Jepun dilanda gempa bumi terkuat iaitu lebih kurang magnitude 9 telah menyebabkan tsunami dan ancaman radioaktif terburuk di Jepun. Sejak itu, hampir setiap hari kita akan dihidangkan dengan berita gempa bumi yang berlaku bukan sahaja di Jepun malah di Negara lain di seluruh dunia.

Bila memikirkan betapa dunia sekarang semakin tenat dan penat melayan karenah manusia-manusia. Walau pelbagai kempen kehijauan alam, penerangan kesan global warming tapi manusia seakan-akan sukar untuk mengubah tabiat masing-masing untuk lebih menghargai alam semulajadi kita. Demi keuntungan, alam yang tak reti untuk menentang dikorbankan. Sudahnya, ia memprotes secara halus iaitu dengan mengubah sedikit demi sedikit iklim dunia. Ia bukanlah protes yang disengajakan tetapi ia adalah reflect daripada tindakan manusia itu sendiri. Apa yang berlaku pada dunia sekarang bukan diubah oleh alam itu sendiri tetapi tangan-tangan manusialah yang menjadikan ia seperti hari ini.

Udara yang suatu ketika dahulu nyaman telah di bahangkan oleh kita hari ini.
Cuaca yang suatu ketika dahulu redup telah diterikkan oleh kita hari ini.
Musim tengkujuh dan kemarau yang suatu ketika dahulu begitu konsisten setiap tahun telah diporakkan oleh kita hari ini.
Oksigen yang suatu ketika dahulu kita hirup segar telah dicemari asap dan debu oleh kita hari ini.
Hutan yang menghijau indah suatu ketika dahulu telahpun dihilangkan oleh kita hari ini.
Sungai yang indah, bersih dan suci suatu ketika dahulu telahpun dicemari oleh bahan buangan oleh kita kita hari ini.
Masa yang suatu ketika dahulu kita rasa begitu lambat berlalu begitu pantas meninggalkan kita hari ini.

Jom kita insafi diri dan berusaha untuk menjadi hambaNya yang soleh. Sebab tanda-tanda pengakhiran dunia sudah semakin jelas di mata kita.
Semoga kita berada di kalangan hambaNya yang bertakwa dan diberkati. Ameen~

Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011 - Introduction

Salam korang!

Fuh..berhabuk dah blog pinky ini. Lama tak menjenguk jadi rindu pula. Maklumlah kali terakhir saya update blog ini ialah sebelum raya. Hari ini sudahpun masuk Syawal ke 8. Puasa Sunat 6 belum mula lagi ni. Bilalah nak ada ‘semangat’ untuk mula ni. Suami macam dah surrender sahaja. Tak ada geng untuk sahur dan berbukalah nampaknya. Rasanya macam nak mulakan next week. Tapi tengoklah kot-kot esok lusa ready pula. Lambat nanti tak sempat pula. Huhu~

Tahun ini tahun pertama beraya bersama suami. So, memang berbeza sangat suasananya. Kalau dulu saya hanya memikirkan persiapan diri sendiri tetapi tahun ini kena fikir bersama-sama suami. Nak pakai baju raya bertemakan warna apa. Tapi dek kerana tahun ini agak busy, tak sempat pula untuk mencari pakaian raya. Ada juga beberapa kali pergi shopping raya tapi tak jumpa pula baju yang berkenan di hati. Kalau adapun saiz yang diinginkan sudahpun sold out. Jadi tahun pertama beraya dengan baju tahun lepas. Suami pula pakai baju nikah. Heh~

Tahun ini beraya di kampung saya dahulu. Kampungpun bukan jauh sangat. Tak sampai sejampun perjalanan daripada rumah kami. Kampung Baru Seri Puchong. Saya kerja sehingga sabtu. Jadi, kami berdua pulang ke Puchong selepas berbuka puasa sabtu malam. Kami di sana sehingga raya kedua. Malam itu kami terus gerak ke Kedah pula untuk menyambung semangat raya di kampung suami pula. Then, bertolak balik semula ke KL lewat petang jumaat. Sabtu dan Ahad lebih kepada kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara yang berada di sekitar KL- Selangor. Nak cerita satu persatu memang panjang tapi dek kerana gigih juga untuk merakam semula apa yang berlaku sepanjang meyambut raya kali ini, saya gagahkan juga untuk menaip. So, lepas ini entry pasal raya akan ada beberapa part. Penting kot sebagai kenangan.

So, stop dululah untuk part introduction. Sok sok saya buat part 1 pula ye.
K bai!

Monday, September 5, 2011

Pasal makan Raya ke 7

Salam korang!

Fuh..fuh..(gaya menghembus).
Berhabuk tebal blog ini sejak cuti panjang sempena sambutan merdeka raya 2011.
Bukan senang nak jumpa raya gabung dengan hari merdeka. Kiranya tahun ini tahun istimewalah kan.
=)

Hari Isnin baru boleh ‘punch card’ ke dunia blog. Sambil-sambil ‘punch card’ masuk office, sambil-sambil juga berblogging. Update blog guna email sahajapun. Nak log in blogger kat office memang tak boleh. Dah kena block semua sites-sites yang boleh buat pekerja jadi lagho. Baguslah company saya sebab dia dah melindungi kita daripada makan gaji buta.

Hari ini juga merupakan pengalaman paling ‘bermakna’ buat saya dengan officemate, Nina. Pagi-pagi lagi dah plan nak pergi makan di luar. Nama kedai itu ‘Padang’ sebab locationnya di sebelah padang yang luas. Sanggup tahan lapar daripada pagi semata-mata nak makan di sana tengahari. Tepat pukul 12.30 terus gerak ke lokasi terbabit. Malangnya, hari ini hari raya yang ke 7. Mode raya masih lagi menguasai kebanyakan pengusaha restoran melayu di sekitar office. At last kami balik ke office dengan harapan menggunung tinggi untuk makan di cafeteria office.

Malang sekali lagi. Nasi putih kedai pertama habis. Tinggallah saki baki lauk berupa ikan masak gulai dan kuah-kuah tanpa lauk. Ikan yang adapun memang beberapa ketul sahaja. Terus kami beli nasi di kedai kedua (yang kehabisan lauk-pauk). Lepas bayar nasi terus pergi balik kedai pertama. Cedoklah lauk yang ada sebab tak ada pilihan lain. Siap berebut dengan orang sebab ikannya limited (masa saya dan Nina cedok memang ngam-ngam ada 2 ketul sahaja). Sudahnya kami makan makanan yang tak berapa cukup zat. Ikan tongkol sepotong + kuah lemak + nasi putih. Dalam pada itu tetap bersyukur sebab still dapat makan. Saya yakin ramai juga yang nasibnya lebih sadis daripada kitorang sebab langsung tak dapat nak makan nasi tengahari tadi.

Pengalaman ini buat kitorang beringat. Esok kena plan betul-betul nak makan di mana dan pastikan kedai makan yang nak dituju itu buka. Huhu~

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya korang!

Salam semua,
Salam Ramadhan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.
Salam Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Macam biasa setiap kali nak dekat-dekat raya sahaja mesti post entry ucapan raya. Tiap-tiap tahunpun contentnya sama. Beberapa isi penting yang wajib ada ialah ;

1. Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Lebaran, Salam Aidilfitri atau apa sahaja yang seangkatan dengannya.
2. Minta maaf atas segala salah silap , terkasar bahasa dan seangkatan dengannya.

Selain itu ada beberapa perkara yang ditulis untuk menyedapkan lagi ucapan dan juga sekadar memenuhi ruang kad/ mesej limit iaitu;

1. Tahun ini beraya di mana?
2. Bertanya bila nak balik kampung sambil memberitahu diri sendiri balik kampung bila?
3. Bertanyakan berkenaan persiapan kelengkapan raya. Baju, songkok, tudung, kasut dsb serta seangkatan dengannya.
4. Bertanyakan berkenaan persiapan menyediakan biskut. Kerepek raya.
5. Bertanyakan pasal Open House. Kalau ada buat Open House, jemput le.
6. Bertanyakan juadah yang akan disediakan di pagi raya nanti.
7. Bertanya pasal cuti raya. Berapa lama? Mula dan habis bila?
8. Bertanya pasal bonus atau memberitahu yang dia sendiri dapat bonus raya.
9. Menjemput datang beraya ke rumah.
10. Hati-hati pulang ke kampung halaman. Ingat orang tersayang. Drive safely dan seangkatan dengannya.

Banyak lagi sebenarnya tapi hanya ini sahaja yang terlintas di fikiran saya buat masa ini. Walau apa cara sekalipun ucapan raya dibuat, isinya tetap sama. Daripada dulu menggunakan telegram (tak pernah cuba), kad fizikal, lepas itu SMS seterusnya MMS. Selepas itu guna email @ faks dan seterusnya paling mudah dan terkini ialah menggunakan Facebook atau social network yang lain.

Selain daripada Facebook, blog pun boleh jadi medium untuk ucapan raya kan. So, di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Ucapan seterusnya korang boleh baca point-point yang saya tulis di atas ini yea.

K, bai!

Followers

JOM EXCHANGE LINK DI SINI!

Kalau mahu exchange code boleh klik SINI ATAU di banner ni

-:Cabaran 30 hari kebenaran

baru lepas 8 hari..