Saturday, February 26, 2011

Tips persediaan sebelum pergi Career Fair!

Salam korang!
http://ofw.talk-pick.com/wp-content/uploads/2009/06/job-fair.jpg


Last few days saya ada pergi join Career Fair as Exhibitor di UNITEN. So, saya jaga booth untuk promote my company to visitors that mostly are jobseekers to seek as much as potential candidates that suit with our job position requirement. Pergh, jadi mat saleh pula hari ini. Well, sekarang ini dalam process memantapkan Bahasa Inggeris yang masih lagi tunggang langgang sebab tak kerja di company US kot.

Ada beberapa pengajaran yang saya dapat semasa join Career Fair;

  1. Bawalah resume korang ye walaupun korang tak apply job secara serious sebab nak dapat souvenir menarik syaratnya kena hantar resume. Rugi tu sebab ada yang bagi buku diari yang cun tapi saya dapat tengok sahaja. Hampess.

  2. Kalau korang memang seeking for a job kan, better korang tanya betul-betul requirement untuk position yang diorang tawarkan. So, kalau kena dengan korang baru submit resume. Kalau tidak, korang hanya buang kertas sahaja sebab dorang takkan pandanglah resume korang nanti.

  3. Korang kena belajar cara yang betul untuk buat resume. Kalau korang buat detail sangatpun, interviewer tak minat. Kalau simple sangatpun dorang tak suka. So, belajarlah buat resume yang ringkas tetapi padat dan complete. Korang boleh minta tolong daripada senior-senior korang yang dahpun bekerja.

  4. Korang kalau nak pergi Career Fair sediakanlah resume korang dalam dua jenis copy. Hardcopy dan softcopy sebab kadang-kadang ada company yang accept hardcopy resume sahaja masa Job Fair macam company sayalah. Dan ada juga yang prefer softcpy sahaja. Dorang sediakan PC dan korang kena upload resume korang dalam database dorang.

  5. Korang digalakkan sediakan hardcopy resume bergambar dan kalau boleh ada cover letter. Sediakan sebanyak yang boleh sebab exhibitor memang akan tengok korang punya resume satu-satu bila korang hantar di Job Fair. Kalau korang hantar selepas itu melalui email kemungkinan email korang tidak di layan itu tinggilah. So, peluang untuk shorlisted memang nipis.


Lepas ini ada satu lagi Career Fair di UTAR, Setapak. Kalau tak silap saya sehari sahaja iaitu pada 02/Mar/2011 iaitu Rabu depan. So, kepada yang dah final semester ataupun yang sudahpun grad, kutiplah tips-tips yang saya berikan itu dan well prepared in creer world.

Ecehh..
Ok, bai!

Friday, February 25, 2011

Apa yang bestnya Sony Ericsson W508?

Salam korang!

Honestly, saya dah tak berapa aktif berblogging macam dulu. So, maaf sekiranya kunjungan anda di sini tidak dibalas dengan cepat. Bila saya betul-betul free baru saya akan reply comment dan jalan-jalan ke blog anda. Tapi ada beberapa blog yang saya boleh access content nya thru henpon baru saya. Tapi bukan pages la cuma feed sahaja.

Lately saya memang agak tertarik dengan application yang boleh digunapakai menggunakan henpon untuk access internet dengan rate yang reasonable. RM18 for 100MB usage. Oklah tu sebab saya kadang-kadang tak sempat nak online. So, bila free time di tempat-tempat yang tak ada PC, saya still boleh baca berita online, on FB, check email dan juga layan online game tapi faham-fahamlah kalau dah screen handphone tu mestilah tak puas tapi at least dapat juga tahu perkembangan semasa walaupun takleh online guna PC.

Saya belum habis lagi explore application yang ada sepenuhnya tapi so far, saya dah boleh;

  1. baca paper online STAR, Berita Harian, Harian Metro.

  2. baca blog yang ada feed RSS. heh~

  3. online FB. Upload photo di FB guna account email.

  4. update blog blogspot guna account email.

  5. main game SUDOKU Online.

  6. baca email lah kan.


Rasanya ada banyak lagi benda lain kena explore ini. Untung juga dapat handphone W508 ini. Dahlah bentuk badannya slim mudah masuk kocek, cantik pula itu.

http://www.sonyericsson.com/cws/file/1.590980.1231154130!translation/image/W508_frontand..tic~white.png


Walaupun tak ada WIFI tapi itu bukan alasan untuk tidak dapat access internet. Tapi kalau WIFI lagi best kan sebab boleh acess for FREE di certain places.

p/s : tapi setakat ini tak dapat nak access blog ini guna henpon tu sebab blog ini tak ada feed RSS. Aleee..tak bestnya

Thursday, February 24, 2011

Keputusan Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia VS Pakistan

Salam korang!

Daripada pagi lagi saya nak update pasal ini tapi kebizian mengatasi segalanya. Dah lunch break ini barulah dapat menaip. Alhamdulillah saya sebenarnya makin berbangga dengan pencapaian Harimau Muda Bola Sepak Malaysia yang tidak makan dek puji. Terus meningkatkan prestasi dan tidak leka dengan perhatian yang diberikan seluruh rakyat Malaysia.

Semalam menjadi satu detik bersejarah jugalah kepada Malaysia sekali lagi kerana berjaya mengalahkan Pakistan dengan 2 berbalas 0. Khairul Fahmi berjaya menjaga pintu gawang Malaysia dengan kemas di Stadium Shah Alam malam tadi. Saya ada tengok iklan pasal game ini tapi disebabkan semalam sepanjang hari saya ke Career Fair maka bila balik rumah sahaja terus mencari bantal. Penat sangat!

So, memang tengok perlawanan ini dalam mimpi sahajalah. Tahu-tahu Malaysia menang. Tak apa at least saya ambil tahu perkembangan bola sepak Malaysia juga kan. hehe! So, saya share juga moment indah pasukan Malaysia dalam blog picisan saya ini. Sekali lagi saya nak ucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Muda Harimau Malaya sebab berjaya mengekalkan prestasi hebat di padang. Dan saya berharap tahun 2012 nanti Malaysia akan layak untuk masuk bertanding. Yeah, mari kita sama-sama mendoakan kejayaan mereka. Ayuh, Malaysia pasti BOLEH!

Wednesday, February 23, 2011

Info yang hanya diketahui bila pergi Kursus Kahwin!

Salam korang!

Hari ini saya nak cerita perkara paling best dalam hidup kalau korang bujanglah. Tentu-tentulah pasal kahwin kan. Kalau setakat berkapel dan bertunang itu tak feel lagi kan. Tapi saya bukan nak cerita pasal kemanisan berumahtangga tapi nak share satu info yang aku tak tahu langsung selama ini. Sekolah sampai habis SPM, Masuk Matrikulasi then amvil degree di Universiti tapi memang rasa nak penyepoak diri sendiri sebab langsung tak tahu pasal ini sebelum ini. Saya bet yang most og you yang baca kat sinipun tak tahu pasal ini sebab bila aku balik tanya adik beradikpun semua tak tahu juga.

Benda ini memang nampak simple sahaja dan tapi apa yang saya sangka sebelum ini bukanlah salah tapi tak tepat sahaja. Sebab pakai logik sahajakan. Korang mesti nak tahu kan apa dia infonya. Nampak macam serius sangat sahaja cara penyampaian saya tapi benda ini memang kita patut tahu sebab ia adalah asas perkahwinan. Kalau kita tersilap, maka akan jadi ZINA tanpa sedar.

Ok, sekarang tarik nafas dalam-dalam kemudian hembuskan perlahan-lahan. Tenangkan fikiran.
Dah ready? Ok, jom saya share infonya;

Korang tahu tak bila korang kawen dengan pasangan korang. Family pasangan korang akan jadi family korang juga. Selagi tak bercerai, selagi itulah korang akan dikira mahram. Ok, yang ini mesti korang tahu kan. Tapi tahukan korang ibu dan bapa mertua korang itu akan kadi mahram korang buat selama-lamanya. So, kalau korang kawen 4 kali, maka korang akan ada 4 ayah mertua dan 4 mak mertua walaupun korang dah berpisah dengan pasangan korang yang lagi 3 orang itu. Kalau korang kawen 8 kali, korang akan ada 8 ayah mertua dan 8 mak mertua walaupun korang dah berpisah dengan pasangan korang yang 7 orang itu.hehe~

Eh, korang tahu dah ke? Saya seorang sahaja ye yang ketinggalan dalam bab ini. Isk-isk, nasib baiklah saya pergi Kursus Pra Perkahwinan, Kalau tidak memang sampai ke sudahpun saya tak tahu perkara ini.

Tuesday, February 22, 2011

Tribute to Allahyarham Sudirman!

Salam korang!

Pagi-pagi ini buka sahaja radio sama ada ERA fm ataupun HOT fm semuanya dok putar lagu Allahyarham Sudirman. Begitulah kita kan bila orang itu sudah tiada barulah nak diagungkan, dikenang, diberi anugerah serta darjah kebesaran atas jasa mereka taburkan untuk negara. Perkara yang sama berlaku juga pada Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Masa dia hidup dulu tak sempat pula nak bagi gelaran Tan Sri. Bila sudah tiada baru dapat.

Tapi saya tak salahkan atau condem sesiapapun sebab itulah norma kita sebagai manusia kan. Bila sesuatu atau seseorang itu ada didepan mata kita, kita jarang menghargainya sehinggalah sesuatu atau seseorang itu hilang atau pergi meninggalkan kita. Kalau sempat, bolehlah dapat balik tapi kalau sudah tidak ada memang menyesalpun tidak berguna lagi. Kena ambil ikhtibar sahajalah supaya kita dapat belajar menghargai apa yang kita telah miliki.

Berbalik kepada tajuk kita iaitu pasal Allahyarham Sudirman, saya memang mengakui kehebatan lagu-lagunya yang menusuk kalbu. Lagi-lagi lagu Ayah dan Ibu. Saya yakin begitu ramai di kalangan kita menjadikan lagu ini sebagai satu semangat untuk kita belajar menghargai pengorbanan ibu dan ayah kita. Sekaligus menyayangi, menghargai dan menghormati ibu bapa kita. Jadi, lagu ini salahsatu lagu favourite yang mengajak kita kepada kebaikan. Mungkin juga lagu ini akan jadi bekalan untuk Allahyarham di SANA selagi lagu ini berupaya menginsafkan ramai orang. Saya dengar lagu ini memang akan nangis sebab sangat touching. Menusuk kalbuku gitu. Jom sama-sama hayati lirik lagu ini jom!

Ayah dan ibu : Allahyarham Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

p/s : nangis la tu. =)

k, bai!

Monday, February 21, 2011

Pengumuman Kadar Dividen KWSP : Naik kepada 5.8%

Salam korang!

Rasa macam ada benda nak share tapi lupa pula.Semalam tengok berita tertarik dengan satu benda. Oh ya sekarang ini kecoh pasal pengumuman dividen KWSP.hehe. Tang dividen-dividen ini yang saya suka sangat lagi-lagi kalau berkait dengan saya. heh!

Semua orang yang bergelar pekerja mesti rasa teruja bila dapat tahu kadar dividen yang diumumkan tahun ini memberansangkan. Kadar dividen sebanyak 5.8%. Paling tinggi dalam sejarah dan naik 15 mata berbanding 5.65% tahun lepas.

So, kepada pekerja-pekerja saya nasihatkan bersyukur banyak-banyak dengan rezeki ini. Tak sia-sia kita buat simpanan untuk hari tua. At least kita ada something untuk disandarkan bila betul-betul diduga Allah SWT. Yang penting sekali jangan kedekut dan jangan pula membazir sebab rezeki ini semuapun pinjaman daripada Allah SWT untuk kita gunakan sebaiknya. Kita wajib guna ke jalan kebaikan untuk dapat rezeki yang lebih baik di akhirat kelak. ehehe~

Untuk maklumat lanjut bolehlah baca di SINI

k, bai!

Saturday, February 19, 2011

Isu turun kadar Tol NPE :Baru peringkat bertunang!

Pagi tadi dengar Hot FM. Dengar pasal tunang-tuang. Hapekah? Siapakah yang bertunang sampai kecoh pagi-pagi dalam radio. Ohh.rupanya pasal Kadar Tol lebuhraya NPE yang baru dalam peringkat perbincangan untuk diturunkan daripada RM1.60 kepada RM1.00.

NPE tu di mana eh? Kurang alert dengan nama-nama lebuhraya ini. Selalunya bila drive tu sudah tak fikir tol apa kan. Bayar sahaja. Tapi kalau LDP itu memang laluan utama sayalah pergi balik kerja. Kan bagus kalau LDP pun turun kadar tol. Berapa banyak sudah keuntungan yang diraih selama ini. Hari-haripun sesak semacam sahaja lagi-lagi semasa peak hour. Pergi kerja balik kerja.

Jimat besar kalau Menteri Kerja Raya kurangkan kadar tol LDP. Tak perlu kurangkan di semua plaza tol. Cukuplah dengan Plaza tol yang ada McD tu. Apa namanya eh? Situlah paling banyak untung dapat. hehe~

Apapun tak boleh nak cakap apalah kan sebab baru proses bertunang. Kalau dah ijabkabul barulah akan diannounce. Kalau sampai ke sudah tak announce lagi itu faham-faham sahajalah. Tak jadi turunlah tu.

Ok da.

Friday, February 18, 2011

Maxis Chinese New Year Promo : till 28 FEB ini!

Huuu..teruja bila tengok promo Maxis sempena Chinese New Year ini. Sebelum ini saya memang tak berapa nak ambil tahu pasal promosi melibatkan handphone sebab fikir-fikir balik buat apa nak ambil tahu kalau tak boleh nak gunapakai kan? ehee..

So, nak dijadikan cerita, handset kesayangan ramai. Eh tak..kesayangan saya sahaja telah missing in action. Entah ke mana keciciran sayapun kurang pasti. Sebab ter'cicir' kan. Bukan ter'tinggal' atau ter'letak lupa ambil balik'. huhu~ Bila sudah hilang saya mesti mencari alternatif untuk ganti balik apa yang hilang itu kan. Handset zaman canggih manggih ini kalau tak ada sekejappun boleh 'nanar'.

So, langkah pertama ialah ke maxis centre untuk buat sim card baru. Alhamdulillah, walaupun que panjang berjela-jela tapi rupanya yang panjang tu kaunter lain. Kaunter saya sekejap sahaja. Ye la berapa ramai sangat yang hilang henset kan? Langkah kedua mestilah mendapatkan telepon baru. Kat Maxis Centre tu tengah promo pakej henpon canggih manggih. So, saya tunang pun tak melepaskan peluang untuk usyar promo tersebut.



Mula-mula nak ambil yang paling murah Blackberry Curve 8520 tu tapi bila dia dengar tak ada 3G maka dia switch pula tu Blackberry Bold 9700. Malangnya, yang kaler hitam punya sudah kehabisan maka diapun tukar lagi kepada yang tak ada promo, Blackberry Bold 9780 (kalau tak silap) yang kena bayar mahal sikit daripada Blackberry Bold 9700 tu.

Pergh..BerBB la pula dia. Yang untungnya saya juga sebab tak payah beli handset baru. Dia bagi henpon lama dia Sony Ericsson W508 pada saya.Wink Wink! Jimat duit saya kan. lalalalala~

Bulan-bulan kena bayar RM140. Bagi dia memang berbaloilah sebab selama ini bill diapun lebih kurang itulah juga. Saya? Tak perlu kot sebab bill saya bulan-bulan tak sampai RM48 je itupun sebab tambah pakej internet RM18 untuk 100 MB. Kalau tidak RM30 sahaja sebulan. Haih!

Korang usyar-usyar le mana tahu terberkenan. Sempat lagi kalau nak pergi beli! Setakat ini tunang kata memang BEST la kan!

Thursday, February 17, 2011

Azam bulan March!

Saya agak tertarik dengan entry joe hari ini pasal rezeki masuk bila tak tidur lepas subuh.

Actually, memang betulpun. Sebab saya juga turut mengalaminya dulu masa saya aktif online. Masa tengah gila internet dahulu lepas subuh memang akan terus online. PC depan mata kan. Ok,bukan depan mata tapi dalam bilik juga. Tak perlu nak mandi dulu, kemas katilpun tunggu lepas online. Sekarang ini saya ada satu penyakit pelik bila cuti. Haa..liat betul nak bangun subuh. Bangunpun memang betul-betul untuk solat lepas itu terus mata nak katup balik. haihhh! Sebulan buat kerja macam itu tup tup macam-macam hal berlaku dalam bulan beikutnya (bulan inilah kan Bulan Februari)- Sila rujuk entry Tragedi Februari 2011 untuk maklumat lanjut.

Pokoknya bila tidur lepas subuh bukan sahaja rezeki tak masuk tapi sakit pula yang marii!! Korang tak nak kan. Sayapun tak mahu juga.

Memang saya nak kurangkan aktiviti online sebab nak prepare sebelum jadi bini orang kan. Kalaulah sang suami tak bagi online lama-lama kan ke susah nak berubah so, kenalah belajar daripada sekarang. Tapi bila tak online rasa macam hilang pedoman sikit sampai lepas subuh sahaja mesti nak tidur. So, lepas ini kalau boleh nak letak satu azam barulah.

Azam bulan March 2011 mungkin?

Yeah, azam saya adalah untuk tidak tidur lepas subuh. Bila cuti, saya akan bangun subuh dan terus online sampai mata segar bugar. Bila hari bekerja, lepas sampai ke office area saya takkan tidur dalam kereta sebaliknya akan terus masuk dalam office dan terus online. agagaga~

Secara kesimpulannya, cara saya gunakan untuk tidak tidur lepas subuh ialah ONLINE. Berjayakah kaedah ini? Kita tunggu bulan March nanti ok.

lalalalalalla~

Wednesday, February 16, 2011

Tragedi Februari 2011!

Tak tahu nak cakap bulan ini bulan apa. Tapi memang banyak benda yang berlaku pada saya pada bulan ini sampai tak ada masa nak jenguk-jenguk blog.

1. Allergic kulit yang menguji iman

Yeah, saya sedar dari dulu saya ada masalah allergic pada makanan seperti seafood. But, I just notice dalam bulan ini yang saya bukan sahaja allergic seafood tapi AYAM pun sama. Adeh, dahlah lauk kenduri mesti AYAM. Goodies pergi kenduri mesti dapat bunga TELUR AYAM. Sebelum ini adalah juga pilihan sama ada nak makan DAGING atau AYAM. Err..mana ada kenduri bagi makan ikan goreng kan lagi-lagi ikan selar. IKAN KEMBUNG pun tak boleh makan. IKAN SARDIN pun nehi. IKAN TENGGIRI tak boleh juga. IKAN MAKEREL pun tak boleh.

Sebelum ini tak bolehpun dibolehkan juga sebab tak ada kesan yang memudaratkan tapi dek kerana sekarang ini kulit di kaki saya tiba-tiba naik bintik-bintik maka kena kuarantin. uhuk!

Kalau tidak my feveret SANDWICH TUNA! Oh, kena lupakan seketika.

IKAN AIR TAWAR sahajalah buleh dimakan.

2. Masalah Penghadaman yang menguji sabar.

Lately saya ada masalah dalam perut. Tak tahulah kenapa lately makanan yang dimakan lambat nau hadam. So, kadang-kadang tu lepas makan rasa macam nak keluar balik tapi bukan ikut pintu biasa. Dia nak keluar ikut pintu yang dia masuk juga. Adoilah. Pantang isi mesti kena rilek lama-lama baru hadam. Petua untuk kurus? Uhuu..seksa nooo~

3. Masalah Handset.

Handset saya yang usia dah masuk 2 tahun 2 bulan tiba-tiba hilang! Ok, tercicir kalau tak silap saya di The Curve sebab last sekali saya masuk kocek baju masa lepas makan di Kenny Rogers, The Curve. Lepas makan pergi solat Maghrib then terus balik rumah. Balik je baru perasan handset tak ada. Ingat tercicir dalam kereta tunang tapi dia kata tak ada. Sesih betul!

4. Beli laptop (adik punya) tapi tak boleh nak online!

Ini saya pun tak berapa faham apa masalahnya. Masa lappy ini di rumah tunang boleh pula dia connect dengan internet tapi bila di rumah saya dia tak nak pula. Cerewet betul laptop ini! Tunggu weekend ini baru nak buat bedah siasat. Mungkin setting router kat rumah itu yang problem.

Rasanya cukup dahulu 4 benda yang buat hidup saya dalam bulan Februari ini kacau bilau sampai tak ada masa nak update blog ini.

Ini saya dah sapu-sapu habuk. Buang-buang sawang yang dah berselirat.

ok, nanti saya update lagi ok!

bai!

Friday, February 11, 2011

Seronok Pasukan Harimau Malaya meningkat : Menang 2- 0 lawan Hong Kong

Salam korang!
Agak berhabuk blog dot com ini sebab lama sudah tak update. Kebizian buat saya tidak punya masa untuk update. So, waktu lunch hour Jumaat ini saya nak share rasa bangga dan gembira atas kemenangan pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya membenam Hong Kong semalam dengan keputusan;
MALAYSIA 2 : 0 HONG KONG

Pasukan Malaysia membuktikan mereka bukan hanya 'hangat-hangat tahi ayam'. Mereka tidak leka dengan hadiah dan wang ringgit yang disalurkan oleh kerajaan negeri dan jufa negara. Itulah yang kami rakyat Malaysia harapkan daripada mereka. Jangan terlalu mudah berpuas hati dengan tahap sekarang. Kena usaha lagi untuk menaikkan ranking bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa. Bukan hanya setakat jaguh kampung. Mana tahukan satu hari nanti Malaysia akan sebaris dengan gergasi Bola Sepak dunia yang lain dengan masuk Piala Dunia. Pergghh..

Apapun, MALAYSIA pasti BOLEH!

MAJULAH SUKAN untuk NEGARA!

Thursday, February 10, 2011

Muhasabah diri : Bila jatuh!

Apa perasaan korang bila korang punya silap yang hanya sedikit buat korang jatuh?
Apa perasaan korang bila korang punya kebaikan/jasa/bakti begitu banyak tapi yang silap sedikit itu juga yang dipandang lebih?
Apa perasaan korang bila korang dah buat yang terbaik tapi langsung tak dihargai bila ia gagal?

Oh, jangan salahkan takdir.
Oh, jangan salahkan dunia yang tidak berpihak kepada kita.
Oh, jangan salahkan orang yang mengadili.
Oh, sebaiknya salahkan diri sendiri.

Bukan menghukum diri tapi muhasabah diri sendiri.
Sebab setiap musibah/dugaan yang menimpa kita ada sebabnya sama ada kita sedar ataupun tidak.
Muhasabah diri dan cuba atasi masalah dengan cara yang hikmah.
Paling penting banyakkan berusaha, bertawakkal dan redha dengan ketentuanNya.
Hari ini mungkin kita gagal tapi mana tahu esok lusa kita akan mengecap nikmat kejayaan.
Kejayaan yang diraih setelah melalui kegagalan itu lebih manis rasanya.

Suka sangat qoute di bawah ini;

http://www.nuristimewa.com/wp-content/uploads/2009/12/gagal.jpg


p/s : hari ini mood nak bermuhasabah diri sendiri =)

Tuesday, February 8, 2011

Majlis Perkahwinan : di Rumah atau Dewan?

Salam korang!

Korangkan kalau nak berkahwin kan suka buat di dewan ke ataupun di rumah? Mesti ada yang setuju buat di rumah kan. Dan mesti juga ada yang setuju buat di rumah. Ada bermacam sebab musabab korang nak list kan. Ok takpelah bagilah saya yang list kan untuk korang.

Pertama, pilih rumah.

Rumah korang kalau keluar terus rasa tanah (atas tanah) macam teres, banglo, rumah kampung, rumah semi D ke hape yang ala-ala teres juga itu memang sesuai sangatlah buat majlis kahwin di rumah. Kalau korang tinggal di flat, kondominium, pangsapuri atau yang seangkatan dengannya di mana kalau korang duduk kat tingkat bawah sekali korang still akan rasa macam tinggal betul-betul di atas tanah dan keluar rumah sahaja nampak tanah ataupun paling-paling longkang ataupun semak dan kalau korang tinggal di tingkat 1 dan ke atas maka kalau boleh (ye kalau bolehlah tak payahlah nak buat kenduri di rumah.

Korang jangan tak percaya ye sebab saya pernah pergi kenduri kahwin yang buat di rumah flat. Dia buat betul-betul depan rumah dia yang terletak di tingkat 4. Yeah, keluar lift sahaja terus nampak meja makan, meja buffet. Tak payah sewa khemah bagai. Tapi, kesianlah kepada tetamu yang terpaksa bersesak di situ. Ruang flat bukannya besar mana kan. Hoho~

Ada banyak kelebihannya buat kenduri dirumah ye. Satu tak payah susah-susah nak book dewan sebab rumah korang kan suka hati koranglah nak buat majlis bila. Satu lagi tak payah juga susah-susah nak bayar harga dewan. Perghh, sekarang ini nak sewa dewanpun kena ada ratus-ratus lepas itu ada jangka masanya.

Kalau dia bagi sampai 5 Petang, 4 Petang dah kena start kemas. Dah macam gitu terpaksalah menghalau tetamu yang datang lambat. Kalau di rumah. Korang datang pukul 8 malampun tak apa. Tapikan tak manislah datang rumah orang lepas kenduri. Orang itupun dah terlalu penat melayan tetamu di belah siang. Malam pula korang datang kacau. Tak dapatlah dorang nak rest.

Kedua, pilih dewan.

Serius sebenarnya ku suka kot kalau buat di dewan. Haa…sebabnya bila buat di dewan tak perlulah nak hias rumah bagaikan. Just guna pakej wedding planner yang cover 1 dewan. Bayar sekaligus dah siap sedia dewan untuk pengantin. Rumah tak payah buat apa-apapun tak apa. Tak perlulah nak cat baru, tukar perabot baru, tukar langsir baru, beli set bilik tidur baru. Sebab majlis buat di dewan. Rumah memang tak disentuh langsung oleh tetamu.

Lagi satu kalau buat di dewan ini lebih selesa. Lebih luas dan tersusun. Orang nak parking keretapun mudah sahaja sebab biasanya dewan sediakan parking. Kalau buat di rumah, semua orangpun akan penuhkan kiri kanan jalan, Ada ruang sedikit semua penuh dengan kereta bersidaian. Kan ke susah. Lepas itu kalau buat di rumah mesti akan jadi trafik jem. Terpaksa panggil RELA untuk tolong jaga trafik.

Lepas itu kan, kalau buat di dewan ini lebih gah. Semua orangpun boleh tengok pengantin dalam 1 masa. Pengantin berarak masuk dewan, potong kek, bersanding, makan beradap dsb semua orang boleh tengok dengan clear. Kalau di rumah perghh..sesak beb. Hanya beberapa orang sahaja boleh tengok pengantin bersanding dalam satu-satu masa.

So sekarang korang fikirlah sendiri yang mana satu korang nak?

Rumah ke Dewan?

Ok, bai!

Monday, February 7, 2011

Kepentingan Kursus Kahwin : Yang kita tak perasan!

Salam korang.

Mood agak happylah sebab baru sahaja menamatkan kursus kahwin anjuran Jabatan Agama Islam Selangor Daerah Petaling. Alaa..di Pejabat Agama Islam Petaling yang bertentang dengan Masjid biru Shah Alam. Kesimpulannya kan (eh, bar mukadimah dah ada kesimpulan?), kursus ini memang best. Semua penceramah yang di panggil berjantina lelaki. So, faham-fahamlah bila ustaz-ustaz berceramahkan. Confirm korang akan ketawa berguling-guling (imagination sahajalah, nak zahirkan mahu terkejut ustaz kat depan nun).

Tapi satu sahaja yang buat mood nak lepak lama-lama dalam dewan jadi kureng sikit. Kerusinya daa..Masa my sis kursus di Putrajaya dulu, dia kata kerusinya bukan main empuk lagi. Silap-silap boleh layan tidur seround dua kalau sesi ceramah membosankan. Tapi berbaloilah sebab memang tak ada rasa nak tidurpun.  Tapi,ada satu sesi yang menceritakan pasal pembubaran perkahwinan atau dalam bahasa melayu rojaknya 'cerai', ustaz tak dapat nak datanglah pula. Terus digantikan dengan Ustazah. Ok, memang banyak bezanya kalau compare dengan Ustaz. Ustazah bukan tak pandai berlawak, tapi perempuan kan kena jaga batas kan. So, lawak itu kadang-kadang sahaja ada. Tapi good job ustazah sebab berjaya juga menghabiskan sesi tersebut walaupun sebagai bidan terjun.

Rupanya banyak kepentingan kursus kahwin selain daripada untuk tahu pasal prosedur, ibadah, akidah, pengurusan masa, pengurusan kewangan dan pengurusan kesihatan. Apa dia ye?

Haa.. saya listkan sikit sahaja. Yang lain korang akan dapat tahu bila korang sendiri yang pergi kursus.

1- Ustaz sendiri cakap lelaki ini punya tipu muslihat memang hebat. Sebab lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu. Betullah kan sebab lelaki ini selalu sahaja bila isteri call tanya "awak di mana, saya tunggu". Lelaki akan jawab "on the way" sedangkan masih lagi belum gerak. betul tak?. Itu satu contoh yang mudah. Perempuan tak adapun macam itu kan. haha~

2- Ustaz sendiri cakap yang perempuan ini akan cakap " duit suami, duit dia dan duit dia adalah duit dia" dan dari seawal proses 'merisik' , perempuan dah jadi 'kaki kebas duit lelaki', Korang fikirlah sendiri rasionalnya. Tapi memang betulpun kan =)

3- Ustaz/ustazah suka mengaitkan isi ceramah dengan kisah-kisah benar yang berlaku berdasarkan pengalaman dorang. Good input tu. Saya rasa sebab itulah ada orang yang hobinya pergi kursus kahwin. Kumpul sijil kursus sampai 3,4 keping.  Tujuannya nak kita faham dan jadikan tauladan.

4- Paling best, ustaz/ustazah siap reveal lagi status statistik nisbah lelaki : perempuan terkini. Nak tahu status sekarang? membimbangkan golongan perempuan ye sebab nisbahnya lelaki 1 : perempuan 11. Lelaki memang semakin sedikit. huhu~

Cukuplah 4 itu sahaja untuk kali ini. Banyak lagi rahsia yang tak ada dalam buku di kongsi oleh penceramah-penceramah dalam Kursus Pra- Perkahwinan. So, siapa yang tak pergi lagi tu silalah ye.

Saturday, February 5, 2011

Lagu untuk si dia : Cinta matiku by Sixth Sense

Currently sedang dengar lagu ini secara berulangkali tanpa jemu. Lagu slot lestary TV3 terbaru Hani ini memang best didengar. Lirik dia memang agak keterlaluan memuja ciptaanNya tapi kadang-kadang hati manusia marhaen macam saya ini tak bisa lari daripada perasaan begini.  Tapi jangan sampai hanyut sudah ok. Kena belajar control. huhu~

So, marilah layan lagu ini sama-sama dengan saya. Memang tengah dalam mood macam lirik lagu inipun. .

Cinta Matiku – Sixth Sense


Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu yang kucinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Chorus
Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Ulang Chorus

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu yang kucinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Ok, dah layan. Tak puas nyanyi. Boleh reply balik. hehe~ Siap lirik bagai kan. Pakej lengkap gitu.

Ok, bai!

Friday, February 4, 2011

Bukan mudah nak jadi blogger tegar!

Salam korang!

Lately ku banyak fikir benda selain daripada blogging.

So, memang agak kureng berblogginglah kan. Yerp, ku memang minat berblogging tapi suatu ketika dahulu ku dapat rasa yang ku memaksa diri untuk berblogging. Korang ada 'rasa' macam itu tak? Korang rasa macam kalau tak update macam ada yang tak kena. Dan korang paksa juga diri korang untuk menulis entry. Tak kisahlah korang tulis sekali banyak entry lepas itu scheduled kan post nya ataupun korang jenis tulis entry hari ini, hari ini juga post kan.

Actually, saya pernah berada dalam tahap yang macam itulah. Bila mana saya kena away from internet beberapa hari, saya akan siapkan scheduled post untuk hari-hari ketiadaan saya itu. Dah jadi macam memaksa diripun ada rasanya. So, sometimes saya rasa macam tak happy sebab banyak meluangkan masa depan PC. Kadang-kadang waktu kerjapun saya curi-curi update entry ataupun baca blog orang lain.

Tapi itu dululah. Now I'm happy with my life. Tak ada siapa lagi yang bising-bising cakap saya ini hantu PC dan asik melekat depan blog sahaja. Dahulupun saya lebihkan blogging daripada FB. Tapi sekarang ini saya dah mula rajin update FB. Saya amat-amatlah kagum pada mereka yang berjaya dalam berblogging ini. Honestly saya dah cuba tapi saya jadi tak happy sepenuhnya bila saya mula serius berblogging. Mungkin cara saya yang tak betul kot. Tapi, saya memang happy dengan apa yang saya buat sekarang.

Saya bukan tak update blog. Saya update. Setiap hari kalau boleh saya update entry. Tapi mungkin saya dah kurangkan blogwalking. Saya akan blogwalking ke blog-blog yang singgah kat shoutbox saya. Dan juga yang komen kat entry post saya. Dan lagi satu blog yang saya list kan dalam blog lama saya. Lagi satu saya tetap mantain update blog lama saya http://www.noorafzan.blogspot.com/.

Blog ini saya akan tumpukan pada kupasan isu semasa atau apa-apa sahaja yang tak personal. Manakala di blog lama itu  saya update kisah hidup saya iaitu as personal bloglah kan.

Kepada yang baru nak berblogging secara serius. Korang kena belajar betul-betul dengan sifu-sifu dalam dunia blogging ini macam eyriqazz, cikgudahlia, darkbatman, ariffshah, ben ashaari, kakinalkl, cikmin, yanmie, melz, broframestone, cikepal, redmummy, jardness, joegrimjow dan beberapa blogger yang saya tabik dari dahulu. Happy blogging ok!

Wednesday, February 2, 2011

Kasihan Bapa Nurin Jazlin: Tuntutan Saman 2 Juta gagal

Salam korang!

Hari ini ada masa sikit untuk baca-baca berita. Tup tup terbaca pasal kisah saman bapa kepada Allahyarhamah adik kita Nurin Jazlin yang telah diculik, diseksa dan dibunuh secara kejam dahulu.

Alkisahnya bapa Nurin telah menyaman bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan juga kerajaan berikutan kenyataan yang ditulis dalam paper Kosmo iaitu kehilangan anaknya mempunyai kaitan dengan peminjam wang haram.

Tapi yang sebetulnya yang saya petik daripada berita harian online ialah;
pemberita akhbar Kosmo selaku saksi defendan mengakui perkataan dalam artikel ditulisnya bukan kata-kata asal diucapkan Khalid dan beliau menulis berdasarkan pemahaman daripada fakta diucapkannya (Khalid).
“Pemberita New Straits Times dan Oriental Daily pula berkata, mereka tidak mendengar Khalid menyatakan seperti apa ditulis dalam Kosmo dan tidak mendengar Khalid berkata apa-apa berhubung peminjam wang haram.

Ini namanya tersilap saman orang dee. Sepatutnya dia menamakan penulis artikel Kosmo dan Akhbar Kosmo sebagai defenden kan? Tu yang saya dok kesian pada bapa Nurin ini. Dah lah tak dapat RM2 Juta lepas itu kena bayar kos guaman pihak defenden pula sebanyak RM50,000. Harap-harap permohonan peguam pihak bapa Nurin untuk menilai semula kos diterima. Mana nak cekau RM50,000 kan. Huhu~

Tuesday, February 1, 2011

Musim Banjir di Segamat dan selatan semenanjung!

Salam korang!

Orang Wilayah semua cuti kan. Yang kerja di KL, Putrajaya dan Labuan semua sambut Hari Wilayah. Selamat bercuti dari saya. Saya kerja di PJ. So, tak cutilah kan. Dalam dok gembira nak menyambut perayaan CNY, ada insan-insan yang sedang menghadapi musibah sekarang ini. Paling ketara di selatan tanah air sekarang ini.

Sampai Segamatpun lumpuh sebab semua jalan keluar masuk daerah itu ditenggelami air sedalam 1.5 meter. Perghh..dalam sejarah betul. Sejarah 2006 berulanglah kiranya sekarang ini.

2006 dahulupun pernah berlaku banjir besar di selatan Tanah Air juga kan. Sampai ramai juga yang terkorban dek kerana banjir pada masa itu. Kalau tak silap saya masa itu kecoh pasal ramai yang mati terkena jangkitan kencing tikus.

http://pkukmweb.ukm.my/~foto_fst/banner-banjir.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSnwi58dy5sws0JhYXM3ttJ3qtqinyDlcdD3cOxGMiEmoZu-Jm9L_XGK_C7kc-tgK9IBYFs39dFJkPwF59kiybLES-7L5RhCi9PCMWnWvQglW0_9MV29FlNE4w32SzlFccOnN73fcpnbOE/s1600/segamat_teruk_banjir.jpg


kenangan banjir di segamat 2006!


Sayapun join pihak universiti pergi tolong bersihkan sebuah surau yang terjejas akibat banjir. Tapi memang tak ingatlah di mana. Masa itu memang UTM hantar kitorang secara besar-besaran untuk bantu mangsa banjir. Insaf betul bila tengok kedai-kedai penuh lumpur akibat banjir. Dah lah kawasan itu betul-betul terletak di tepi sungai besar.

Apapun semoga mereka yang terlibat dengan banjir di Segamat dan juga kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya tabah menghadapi ujian Allah SWT ini.

p/s : mari kita sama-sama mendoakan keselamatan warga kita yang berada di Mesir. Aminnn ya rabbal Aa'lamin.

Followers

JOM EXCHANGE LINK DI SINI!

Kalau mahu exchange code boleh klik SINI ATAU di banner ni

-:Cabaran 30 hari kebenaran

baru lepas 8 hari..