Thursday, June 30, 2011

Dua minggu selepas bernikah kahwin!

Salam dari saya!

Fuhh,walaupun tak sihat tapi gagahkan diri juga untuk menaip sikit di blog kesayangan yang entah siapakah yang sudi berkunjung lagi. Maklumlah sejak beberapa bulan yang lepas memang tak terhandle blog ini. Satu sebab terlalu busy. Dua, sebab kat office dah tak boleh nak curi2 update blog even masa break time (dulu laju-laju sahaja update masa break lepas management bising sebab ada yang online facebook time kerja).

Bagi saya ada pros dan cons nya diorang block apa-apa sahaja website yang berkaitan forum dan boleh guna untuk berkomunikasi antara paling kurangpun 2 hala. 2 hala itu maksudnya seperti chat ym antara 2 orang. Manakala lebih daripada 2 hala itu korangpun boleh fikirkan. Terlalu banyak forum online dalam dunia maya sekarang. Silap-silap boleh addicted termasuklah social network bernama facebook. Selain itu kalau blog, dorang disablekan untuk tengok ruang komen atau dalam erti kata lain tak bolehlah nak tinggal jejak macam yang biasa kita buat masa mula-mula nak ‘naik’ dahulu. Blogwalking lepas itu tinggalkan jejak kan? Kan? Chatbox pun disable juga.

So, benda-benda macam ini memang mematahkan semangat untuk berblogging secara konsisten. Lagi-lagi bila dah berumah tangga, takkanlah nak pulun online di rumah. Baru sahaja bernikah takkan nak lebih-lebih di rumah mak mertua kan. So, kenalah faham ye. Korangpun kalau duk rumah mak mertua tentu-tentulah kalau boleh nak mengambil hati ibu mertua sebaik-baiknya. Ingat, kita bukan akan hidup dengan anak dia (suami kita) sahaja tapi kita akan hidup dengan ibu mertua sekali. Anggaplah dia seperti ibu kandung kita sendiri. Bila ibu mertua suka kan ke mudah hidup kita kan. Rasa aman dan tenteram. Memang permulaan itu sukar tapi kena berusaha. Sayapun masih dalam peringkat mengambil hati ibu mertua. Doakan saya ye kawan-kawan. Bai!

Monday, June 27, 2011

Selfhosted blog : bukan semudah itu untuk berjaya!

Salam korang!

Fuh, berhabuk tahap gaban blog ini. Punyalah lama kumpul kekuatan untuk update blog ini. Actually, saya dah tak boleh nak bagi komitmen kepada blog selfhosted ini. Ada kemungkinan saya akan transfer balik blog ini menjadi blogspot bila selfhosting period sudah tamat. Ternyata bukan semua orang yang mampun maintain blog selfhosted dengan cemerlang. Termasuklah saya sendiri yang 'gatal' sangat mahu tukar blog hosting. huhu~

Saya sebenarnya saja mahu mencuba nasib. Jadi sayapun minta tolong broframestone untuk uruskan penukaran blog lama saya yang berhostingkan blogger.com (blogspot) kepada hosting sendiri. Tapi malangnya, pengetahuan yang kurang dan juga masa yang terhad untuk explore dunia selfhosting ini buat blog saya jadi kucar kacir.Entah setting apa yang saya tukar sampai blog ini memang tak mesra SEO sampailah sekarang. hmmmph~

Kalau korang seorang yang malas (macam saya), tak berapa nak rajin (macam saya) dan punya kekangan masa untuk belajar (macam saya juga), tak payahlah nak gatal tangan dan hati untuk mencuba selfhosting. Biarlah blogger.com (blogspot) yang sedia canggih tolong jadi hosting. Free je pun. Paling-palingpun keluarkanlah sedikit duit untuk tukar domain dan juga untuk advertise blog korang di blog-blog glamorama.

So, dalam masa terdekat blog ini akan 'hilang' dari dunia blogging.

p/s : antara pengaruh paling besar untuk saya guna selfhosted dulu ialah darkbatman, melz dan juga ariffshah. Salute pada depa sebab blog  dorang memang best!

Wednesday, June 8, 2011

Tentatif majlis missing dalam kad daa! 11 pagi- 4 ptg ye.

Salam korang!
Untuk memudahkan kawan-kawan yang nak ke majlis perkahwinan kami Afzan dan Fawzan. Mungkin dengan tengok map semata tidak cukup. Jadi di sini ADA berita baik untuk yang ada GPS. Senang sikit kan.

Dan lagi satu kepada yang dah dapat kad jemputan yang cantik tertarik kau memang de bomb tu mesti perasan ada satu kekurangan yang ketara pada kandungan kad itu bukan. Err..tak ada tentatif majlis daa. Actually,designer aka my incik tunang yang terlupa nak masukkan dalam design kad tu. So, tukang print memang ttak check terus buat printing. Dan paling best sekali kad sudah habis dihantar bila kantoi.

So, dengan ini kami berdua mengumumkan tentatif majlis kami ialah;
Mula : pukul 11.00 pagi
&
Habis : pukul 4.00 petang

Tentatif sama untuk kedua-dua majlis ye. Tak buat malam-malam tau. Tarikh, Alamat dan koordinat lokasi majlis boleh rujuk di bawah ini ye~
Majlis Bersanding (Pihak Perempuan)

Sunday, June 12th 2011(10 Rejab 1432H)

S344, Lorong1
Kampung Baru Sri Puchong,
Jalan Jurutera
47100 Puchong, Selangor

GPS Coordinate:
N 3° 01' 10" E 101° 35' 53"
(3.10963, 101.59826)

and/or
Majlis Bertandang (Pihak Lelaki)
Saturday, July 9th 2011 (7 Syaaban 1432H)

Dewan Komuniti Bandar Manjalara
Jalan Medan Putra 1,
Bandar Manjalara,
52200 Kuala Lumpur

GPS Coordinate:
N 3° 11' 38" E 101° 37' 34"
(3.1939, 101.6263)

Kedatangan korang nanti amatlah diharapkan. Yeah, kita enjoy!

Tuesday, June 7, 2011

Bila bernikah kahwin, mesti mahu anak kan~

Salam korang!

Serius saya takut sangat dengan situasi dunia sekarang. Dan saya juga takut untuk punya anak dalam zaman ini. Risau sebenarnya bila melihat terlalu banyak pengaruh tidak baik di luar sana. Setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita yang tidak sedap berkenaan remaja dan muda mudi kita sekarang. Kadang kala ibu bapa sudah cukup mendidik anak-anak dengan didikan agama yang secukupnya tetapi bila mereka keluar dan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia yang datang pula daripada pelbagai latar belakang termasuk yang datang daripada keluarga bermasalah, mereka mungkin mudah terpengaruh untuk menjadi ‘nakal’. Ye mungkin nakal itu tidak dapat dipisahkan dengan remaja tetapi jika tidak dikawal, boleh jadi barah dalam masyarakat.

So, bila ditanyakan mahu anak kah? saya berfikir panjang juga. Mampukan diri ini menjadi pendidik unggul kepada anak-anak kelak. Yang tidak makan dek godaan duniawi yang nampak begitu indah di mata manusia hasil tipu daya syaitonnirrojim. Takut juga bila memikirkan mampukan bakal suami menjadi ketua keluarga yang terbaik untuk membimbing seisi rumah ke arah kehidupan yang diredhai Allah SWT. Kalau kita betul-betul merindui akhirat, kita memang takkan nampak kelebihan apapun hidup di dunia ini melainkan hanya sebagai tempat persinggahan sebelum menuju akhirat.

Apapun anak itu rezeki Allah SWT dan bukan semua pasangan yang mendapat anak walaupun berusaha dengan pelbagai cara. Dan sudah pasti setiap yang berkahwin mesti mahukan anak kan untuk meneruskan kelangsungan generasi manusia selain anak itu penyeri kehidupan suami isteri. Anak-anak juga akan jadi bekalan akhirat jika kita berjaya mendidiknya menjadi insan soleh solehah kerana doa anak yang soleh dan solehah adalah bekalan pahala untuk ibu ayah yang telah meninggal dunia selain daripada sedekah amal jariah sendiri dan juga ilmu yang dimanfaatkan orang yang masih hidup.

p/s : Jadi, persiapkanlah diri untuk menjadi pendidik yang terbaik jika mahukan anak. =)

k lah. Bai!

Monday, June 6, 2011

PERLU KE BERHABIS UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN?

Salam korang!

Fuhh, menjelang hari bahagia ini kerja-kerja di office semakin berkurang. Macam graf berkadar terus pula rasanya. Tapi bagus juga sebab berkurang sikit stress dan rasa penat bekerja. Tapi bila tak ada kerjapun rasa stress juga kan. Duhh! Dalam menyelesaikan kerja-kerja yang tak berapa penting, saya ambillah sikit masa untuk update blog blogspot. Sebab saya tak tahu nak update blog wordpress selfhosted guna email. Kalau tahu kan senang. Dua-dua blog boleh saya update setiap hari (kalau tidak sibuklah).

Bila nak menempuh alam rumah tangga, persediaan yang rapi kenalah ada kan. Bukan sahaja persedian untuk majlis kenduri tapi persediaan untuk hari-hari selepas itu nanti. Ye la kan kenduri itu hanya mengambil masa paling-palingpun 2 hari. Tetapi, kehidupan selepas majlis itu adalah untuk seumur hidup. Kalau fikirkan balik kenapalah berhabis sangat untuk kenduri yang sehari dua itu padahal kehidupan selepas itu yang perlu diberi perhatian sewajarnya. Sehingga kadang-kadang pasangan yang bahagia sebelum berkahwin jadi bermasalah selepas itu disebabkan berlaku masalah kewangan yang serius untuk mengurus rumah tangga akibat belanja berlebihan semasa majlis perkahwinan. Bukan itu yang kita mahu kan?

Tapi, macam saya sendiri kadang-kadang kehendak hati bukan mudah untuk dipraktikkan. Kenalah juga mengambil kira pendapat keluarga lagi-lagi mak dan ayah yang semestinya bersemangat untuk mengadakan majlis yang sempurna. Tetapi sesuaikanlah dengan budget yang kita ada juga. Kalau budget kecil cubalah berbincang dengan mereka supaya mengurangkan budget untuk perkara yang paling kurang kepentingannya. Sebab budget kita nanti bukan sahaja kena allocate untuk majlis semata tapi kena masukkan juga untuk memulakan hidup baru bersama. Kalau selepas majlis tak ada duit dalam tangan, macam mana nak teruskan kelangsungan hidupkan?

Macam saya, saya tidak mengecat bilik sebab bilik dah dicat baru 2 tahun dan masih elok. Dan saya mendapatkan langsir yang paling menjimatkan tetapi cantik untuk dipasang sebab majlis saya dibuat di rumah dan kami tidak pernah ada langsir yang bertemakan purple. Bila beli langsir yang dah siap, kena juga match kan dengan tingkap/pintu di rumah. Mana yang tak berapa ngam saiznya itu kenalah dijahit semula. Untuk menjimatkan kos, saya jahit sendiri sahaja.

Selain itu,kami mendapatkan tempahan kad jemputan, photographer, wedding planner yang baru nak naik tapi hasil kerjanya nampak berkualiti. Kad jemputan yang kami tempah nampak ekslusif tapi kami dapat dengan harga yang menjimatkan. Begitu juga dengan Photographer dan wedding planner. Kami mendapatkan khidmat mereka yang berpotensi untuk maju sebab hasil kerja yang nampak superb. Cuma mereka masih belum dikenali ramai. Jadi, di situ kami dapat berjimat.

Cost untuk Photographer hebat dan famous sekarang paling-palingpun RM4000. Fuuhh, mana nak cekau itu bagi kami yang berpendapatan sederhana ini. Kami dapat dengan harga kurang daripada RM3000. Cost untuk wedding planner (yang saya gunakan) sekarang juga lebih RM4500. Nasib baik saya membuat tempahan awal (masa dia belum cukup famous) dan setelah berbincang dapatlah dengan harga RM3400. Sekarang dah tak dapat harga itu ye. Sebab last month saya ada jumpa kakak wedding planner itu dan dia kata sekrang dah up RM500 setiap pakej. So, paling-palingpun boleh dapat dengan harga RM3900 lah.

So, jawapan untuk tajuk post ini sudah cukup jelas. Tak perlulah nak berhabis untuk majlis perkahwinan yang sehari dua itu sebab yang penting kena tumpukan ialah kehidupan selepas majlis. Seumur hidup tu.

Friday, June 3, 2011

Jadi trend pula : Novel difilem dramakan!

Salam korang!

 

Sejak dah  ada method baru untuk update blog ini, saya bersemangat nak update cerita. Sekarang ini macam dah jadi trend novel diadaptasi menjadi filem atau drama bersiri. Punyalah banyak drama-drama berasaskan novel yang ditayangkan di TV sekarang dan yang terbaru Nor Elena. Walaupun tak berkesempatan untuk menonton drama ini tapi saya rasa ini strategi yang baguslah sebab confirm drama macam ini akan meletup. Tengok sahajalah Trilogi Cinta, Lagenda Budak Setan dan beberapa drama/ filem sebelum ini. Layan beb!

 

Selepas ini dengar-dengar ada pula drama Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel bertajuk sama. Saya memang selalu sahaja ikuti novel ini dalam majalah REMAJA (kalau tak silap) dulu. Fuhh, zaman tok kaduk tu novel ini menjadi famous. Selain daripada itu, tak lama lagi akan keluar filem KARIPAP KARIPAP CINTA. Yeah, novel tulisan Nazri M. Annuar ini memang laris sangat dan saya beli masa pelancarannya dulu di Pesta Buku PWTC 2 tahun lepas. Memang layanlah novel sempoi ini. Dan kalau tak silap saya, cerita Lu Fikirlah Sendiri The Movie pun ada sedikit persamaan dengan kisah dalam novel Puisi Untuk Nadina karya Bahruddin Bekri. Betul tak? Ke korang tak pernah baca novel ini?

 

Tapi trend macam ini sudah lama digunapakai oleh produksi luar. Contoh paling glamour ialah Twilight dan Harry Potter. Dan filem-filem ini memang meletop top pun kan. Ok lah. Itu sahaja nak gebang kali ini.

Bai!

Thursday, June 2, 2011

Menjadi Isteri Solehah




Salam korang!






Hari ini dah masuk June. Yeah bulan pernikah kahwinan saya dengan incik tunang.Kurang 10 hari lagi sahaja lagi tarikh kami akan diijabkabulkan.

Lately, saya banyak mencari dan membaca artikel-artikel berkaitan dengan alam rumah tangga selain daripada godek-godek surat khabar online. Seronok juga baca tips dan kisah rumah tangga yang boleh diaplikasikan nanti demi mengekalkan keharmonian rumah tangga yang terbina.

Walaupun adakalanya rasa takut dan bimbang itu datang namun, ianya seimbang dengan perasaan teruja. Err..siapa tak teruja bila bercakap pasal nikah kan? Almaklumlah setelah lebih 6 tahun perkenalan, akhirnya kami jumpa juga titik untuk menamatkan hubungan yang amat terdedah dengan fitnah duniawi ini kepada hubungan yang dihalalkan dan insyaAllah di berkati Allah SWT. Rasa bersyukur sangat.






Dan dengan ini saya berazam dan berusaha untuk menjadi isteri dan anak menantu yang solehah. Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah lagi hina ini untuk mencari keredhaan suami, mak mertua, mak dan ayah, adik beradik dan dalam masa yang sama mencari keberkatan hidup di dunia dan seterusnya akhirat.

Tanggungjawab isteri memang berat. Oleh itu, haruslah menuntut ilmu rumah tangga sebaik mungkin lagi-lagi tanggungjawab, adab dan batasan seorang isteri dan juga suami. Benda inilah sebenarnya yang bakal menyelamatkan rumah tangga pasangan.

Dan paling penting contohilah wanita-wanita di Zaman Rasulullah SAW seperti Siti Khadijah RA, Siti Aishah RA dan Fatimah RA seperti yang diterangkan oleh Ustaz Kazim dalam ceramahnya yang saya ikuti baru-baru ini. Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang bolehlah godek-godek youtube cari tajuk-tajuk ceramah Ustaz Kazim pasal suami, isteri ataupun perihal perkahwinan. Banyak juga sebenarnya topik ceramah beliau pasal ini.







Ok lah. Itu sahaja nak update sekarang.




Bai!

Followers

JOM EXCHANGE LINK DI SINI!

Kalau mahu exchange code boleh klik SINI ATAU di banner ni

-:Cabaran 30 hari kebenaran

baru lepas 8 hari..