Thursday, March 31, 2011

AF9 : Pelajar akan tinggal di bangunan berkaca di tengah Mall?

Salam korang!

Hari ini saya dapat tahu benda yang sumpah tak kelakar langsung dan saya rasa tak patut dilakukan. Isk-isk kesian jugalah kepada mereka yang jadi peserta untuk penutup program ini. Dorang kena tinggal di bangunan kaca yang tembus mata ke dalam di tengah-tengah pusat membeli belah tu. Tak dapat bayang kalau saya jadi mereka. Tapi, saya tahu dek kerana nak jadi artis maka benda itu akan dianggap cabaran oleh peserta.Betul tak?

Tapi saya tetap cakap ianya tak patut.
Fuhh..

Sebabnya bagi saya ia macam mengganggu pravisi yang merupakan fitrah seorang manusia. Sedikit sebanyak kita kadang-kadang perlukan satu ruang dan masa untuk melepaskan tekanan dan kadang-kadang menjadi bukan diri kita sendiri. Dan tingkah laku diluar kawalan itu akan dimanipulasikan orang-orang yang melihat dari luar yang sebenarnya tidak memahami apa yang mereka rasa di dalam sana.

Ok, fine. Mereka boleh lepaskan tekanan itu ditempat yang tertutup seperti di toilet dan di hostel (semestinya bukan di bangunan kaca itu kan?). Kita tak tahu lagikan apa sebenarnya strategi yang cuba dibuat oleh Astro untuk program ini selagi ia belum berlangsung?

Tapi yang pastinya kalau saya menjadi mereka, saya boleh menjadi sedikit 'mental' kot di situ sebab tak boleh men jadi diri sendiri kan. Dah jadi nature manusia yangsecara automatik akan menjadi sopan santun terlebih anggun bila diperhatikan dan silap-silap dilabelkan hipokrik oleh peminat. Lagipun, sudah menjadi fitrah dunia hari ini kan.  Bila jadi diri sendiri, di tuduh tak sopan, gedik bla bla bla tapi bila jadi sopan, baik dan jaga tingkah laku dituduh pula hipokrik. Macam-macam dunia ini kan.

Apapun saya sudah kurang berminat untuk ikuti program realiti macam ini. Dulu memang suka sangat layan konsert AF lagi-lagi pada zaman AF3. hehe~

ok lah setakat itu sahajalah kali ini ok.

bai!

Wednesday, March 30, 2011

Kenapa Jackie Chan dilapor mati?

Salam korang!

 

Pagi-pagi saya tergelak baca paper hari ini pasal Jackie Chan.

Adoila, sudah tak ada kerja lain agaknya sampai orang yang masih hidup sihat walafiat dilaporkan mati akibat sakit jantung dalam twitter semalam. Malah RIP 'Jackie Chan' menjadi antara topik paling popular dalam twitter dan google semalam. Gambar di bawah ini bukti bahawa sampai hari inipun masih top carian pasal kematian Jackie Chan.



Hairan dan pelik juga?

Kenapalah isu ini boleh ditimbulkan ye? Saja nak cipta kontroversi ataupun sekadar nak ngetest market. Nak tahu Jackie Chan tahap kepopularitian Jackie Chan agaknya ye. Yang pastinya semua gosip itu tak betul belaka. Kedua-dua akhbar, Utusan dan Berita Harian melaporkan perkara yang sama.

Agaknya siapa pula yang menjadi mangsa selepas ini?

jeng jeng jeng.

ok da..

tu sahaja nak update hari ini. bai!

Tuesday, March 29, 2011

Lagu Bunkface mengingatkan kita betapa tenatnya dunia

Salam korang! lately aku tertarik untuk dengar lagu Bunkface ini. Lirik dia itu yang lain macam punya penangan. Pasal dunia kita inilah yang sudah semakin tenat dan penat. Semalam berlaku lagi gempa bumi di Honshu pula. Gempa bumi sekarang ini macam bertukar button pula kan?

Selepas Sendai, Myanmar..
Selepas Myanmar, Honshu..
Selepas Honshu..?

Fikir-fikirkanlah sendiri ye sebab bencana yang berlaku ini berpunca daripada 'tangan-tangan manusia yang menjadi nakhoda dunia. Ye, tangan kita sendiri sebenarnya yang menyumbang kepada kejadian bencana ini. Ini baru cerita pasal Gempa Bumi dan Tsunami. Malaysia memang alhamdulillah, tidak terkena tempias secara langsung gempa bumi melainkan yang berlaku dahulu akibat gempa bumi di Sri Lanka. Tapi, negara Malaysia tidak kurang kesan bencana akibat pengekploitasian sumber bumi yang melampau iaitu tanah runtuh, banjir kilat, musim kemarau melampau, puting beliung dan ribut. Malah, semua ini pernah berlaku dan bukan sedikit kesan bencana ini kepada kita. Tapi berapa ramai sahaja yang bermuhasabah dan menginsafi diri. Ramai lagi yang masih leka kan. Hmm..

Jom layan lagu Dunia nyanyian Bunkface ini. Moga-moga terbuka pintu hati kita untuk bermuhasabah diri sendiri. Sekurang-kurangnya bersedia untuk menghadapi kehidupan kekal abadi yang telahpun semakin nampak tanda-tandanya sekarang. Video? Alaa..korang cari sahaja di Youtube. Saya tak boleh buka Youtube lah sekarang ini. huhu~

DUNIA - BUNKFACE

Gelisah tak bermaya
Manipulasi antara kita
Dan bencana yang melanda
Generasiku menjadi mangsa

Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku

Korus
Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia..
kuasa sementara
Komunikasi tiada makna

Dan tindak balas ego yang ku terima
Tiada perasaan kecewa

Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku

Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia kita
Lalalalala oh oh oh oh
oh oh oh oh

Ulang korus

Monday, March 28, 2011

Farah Fauzana dan Wahid : Selamat tinggal MELODI

Salam korang!

Hari Ahad saya memang langsung tak ke mana-mana. So, sempatlah saya tengok MELODI. Bila teringat itu adalah kali terakhir Farah dan Wahid sebagai pengacara MELODI, terus lekat di depan TV sampai habis. Masa penutup MELODI itu dorang ada buat sesi sayonara to Farah dan Wahid dan welcome untuk Zizan dan Dira yang akan mula jadi pengacara MELODI next week.

Siap ada kek disediakan untuk mereka berdua. Maklumlah sudah 7 tahun mereka pegang title pengacara program hiburan tersebut. Yang bestnya dorang berdua dapat hadiah daripada Air Asia. Farah dapat tiket ke Paris manakala Wahid pula dapat tiket ke Gold Coast. Pergh..best tu.

Saya tak dapat bayangkan macam manalah gandingan Zizan dengan Dira nanti bila mereka bergabung mengacarakan MELODI yang penuh dengan gosip dan kontroversi artis. Harap-harap mereka dapat buat yang terbaik. Kalau boleh lebih baik lagi. Ye lah walaupun saya jarang tengok MELODI tapi saa tahu ramai pengikut setia MELODI ini. Lagi-lagi orang yang sentiasa mahu tahu perkembangan dunia artis kita.

Buat Zizan dan Dira, kena take note lah  pesanan Farah dan Wahid tad kan. Wahid kata kena jaga setiap kata-kata sebab kata-kata yang keluar itu datangnya dari hati.  Yang Farah punya pesanan saya lupalah pula. Korang tolong ingatkan ye apa dia. Saya betul-betul terlupa. adess~

Apapun support sahajalah mereka k. TV3 takkan pilih mereka berdua kalau mereka tak bagus kan. Farah Fauzana tadipun cakap mereka berdua ini memang best.

Ok da. bai!

Sunday, March 27, 2011

Krisis di Jepun : Radiasi naik mendadak!

Salam korang!

Takut kan bila melihat perkembangan terbaru di Jepun. Pasal tahap radiasi nuklear di loji nuklear di Fukushima yang meningkat mendadak 10 juta kali melebihi paras normal tu. Sangat merbahaya kesannya. Bagaimana nasib insan-insan yang masih berada di sana. Dengan krisis air yang tidak boleh digunakan kerana telahpun tercemar dengan radiasi. Sumber makanan dan minuman yang terhad.

Saya memang salute dengan Pasukan dalam Misi Menyelamat daripada Malaysia yang telahpun berada di Tokyo sekarang ini. Tadi tengok berita pasal ini. Semoga misi mereka berjaya dilaksanakan dan mereka selamat pergi dan pulang semula ke Malaysia.

Harap Jepun dapat menghadapi krisis ini dengan semangat yang kuat dan berjaya mengatasi masalah radiasi ini secepat mungkin. Kalau tidak kita akan berhadapan dengan bencana yang lebih besar akibat radiasi ini. Dengarnya kesannya mula dirasai oleh negara-negara jiran Jepun. Betul ke?

p/s : perasan tak sekarang ini terlalu banyak bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Tidakkah kita sedar hakikat yang bumi ini sudah terlalu penat untuk melindungi kita lagi. Cukup-cukuplah merosakkan alam kita.

Friday, March 25, 2011

Tak ada orang nak kahwin untuk bercerai!

Salam korang!

Huh! Sebenarnya ada beberapa perkara yang tak berapa best berlaku baru-baru ini. Kadang-kadang kita selalu fikir sesuatu itu nampak macam mudah kan?

Contoh paling best ialah bila korang jumpa lelaki/perempuan dan korang rasa dialah soulmate korang. Then korangpun dah tekad nak end up kan dengan ikatan yang sah iaitu berkahwin. Ye lah kan sudah suka sama suka kan? Apa lagi di tunggu selain daripada berkahwin. Ikut sunnah Rasulullah SAW.

Look easy dan masa itu yang memerhati korang akan assume yang korang akan jadi loving couple forever. Almaklumlah sebelum berkahwin kemain lagi berdating, bermanja bagai kan. Dan sudah pasti kita mengharapkan yang positif selamanya. Tapi rupanya bukan semudah itu ye.

Tapi jangan terkejut bila apa yang kita harapkan itu tak menjadi kenyataan. Malah, paling menakutkan bila salah seorang daripada korang( korang atau pasangan korang) memohon cerai atas sebab 'menyesal' berkahwin dengan korang. Sedihkan kalau kita berada dalam situasi tersebut. Walaupun kita rasa ianya macam mustahil tapi sebenarnya itulah kenyataan yang perlu dihadapi jika kita tak berjaya mempertahankan kebahagiaan.

Fuh..takut beb bila tengok situasi sekarang ini. Menurut statistik, setiap 20 minit berlaku penceraian. Perghh..Kita selalu sahaja menuding jari kepada orang lain. Ada yang kata Si polan ini punca penceraian  dan ada pula yang cakap si polan ini pula ada orang ketiga serta pelbagai gosip dan tekaan yang menjurus kepada fitnah. Tapi yang kita tuding ke orang itu satu jari sahaja iaitu jari telunjuk tapi jari-jari lain semua tuding ke arah diri kita sendiri.

So, apa-apa halpun kita kena perbaiki diri kita sendiri. Sebab kitapun manusia macam si polan atau si polan itu juga yang tak akan dapat lari daripada silap. So, anggaplah mereka buat silap dan kita jadikan ia satu pengajaran untuk kita pula. Bila kita beringat, insyaAllah orang lain juga akan turut ikut sama. Bak kata orang biarlah kepimpinan itu melalui tauladan. Dan jadikan yang buruk itu sebagai peringatan kepada diri kita yang kita sebenarnya tak cukup bagus atau sempurna. Tapi kelemahan/ keburukan kita itu yang menyempurnakan pasangan kita nanti. Dan kelemahan pasangan kita itulah yang menyermpurnakan hidup kita. Ingat tuh!

Lagi satu, TAK ADA ORANG YANG BERKAHWIN UNTUK BERCERAI KAN. So, ingat. Selagi boleh pertahankan, pertahankan ye. All the best!

p/s : luahan hati seorang bakal pembina rumahtangga. huhu~

 

Thursday, March 24, 2011

Block sikit-sikit sudahlah woi!

Salam korang!

Huh, hampir-hampir tak update blog hari ini. huhu~
Inipun curi-curi masa ini. Sebab kejap lagi sudah mahu tidur. Esok kerja. Tapi suka sebab sudahpun jumaat. Pejam celik pejam celik sudah jumaat kan.

Tapikan pejam celik pejam celik mood saya makin ke laut. Lagi-lagi dengan environment yang sudah tak seperti dahulu. Keadaan yang buat kitorang semua sudah mula meluat. Dan suka buat muka ketat. Rasa nak berdebat tapi lidah kelu macam kurang zat.

Sikit-sikit di block. Lama-lama tak ada yang tinggal untuk ubat hati yang panas dan ubat tekanan di fikiran. Sudah itu apa nak buat? Senang sahaja. Paling ketara sudah ramai mula memilih untuk pakai smartphone. Yeah, bila lunch hour sahaja, kalau dulu monitor PC yang menyala dalam office yang gelap. Tapi sekarang ini sudah tukar trend. Moniotor kecil yang menari-nari dalam kegelapan office. Saya perhatikam makin ramai yang gunakan kesempatan waktu rehat lunch hour untuk tidur. Yea, tidurpun salah satu kaedah untuk release tension juga kan? hahaha! Lagipun sunnah tu tidur tengahari sebelum masuk Zohor.

 

Sekian luahan saya dari rumah. Sebab kat office sudah tak boleh update blog kan. So, kena spend sikit masa di rumahlah kan.
k, bai!

p/s : zaharuddin.net pun kena block juga gamaknya. Haih!

Wednesday, March 23, 2011

Result SPM itu penting berbanding result Universiti?

Salam korang!

Hari ini menjadi hari yang penting untuk yang baru lepas SPM. Almaklumlah keputusan akan diumumkan pagi ini. Fuh, mesti berdebar-debar-debar kan? Saya rasa hampir semuapun pernah merasai pengalaman mengambil result SPM di sekolah dahulu. Jangan nak tipulah? Kalau tak sempat SPM pun mesti pernah pergi beratur ambil slip PMR. Atau paling cikai pun result UPSR lah kan. heh~

Serius dalam banyak-banyak result yang saya ambilkan, result SPM lah paling tak best sekali. Sebab result SPM saya amatlah tak gempak. Nasib baiklah pada zaman itu, matrikulasi tak main kasta-kasta ikut result. Kalau tidak sure saya kena ambil program 2 tahun. Tak layak de nak ambil program setahun itu.  Lagipun ramai sangat perempuan yang score berbanding lelaki.  Entah-entah saya tak dapatpun sambung di matrikulasi. Entah ke manalah saya tercampak kalau tak ke matrikulasi ye? Mungkin sambung diploma kot.

Saya memang tak sampai hati untuk tak cerita result saya? Kesian pula pada korang kan. Saya dahulu dapat 3A sahaja. Yang lain itu macam 'tulah' apa ntah semua berkelompok dalam group 'B'.  Nasib baik tak ada yang tercampak ke gred C,D atau E. Alhamdulillah =)

Macam mana result SPM korang dahulu ye? Mesti gempak lagi-lagi yang ambil course perubatan, farmasi atau yang seumpamanya. Dan tak lupa yang further study di universiti luar negara.

Jauh dilubuk hati menyesal juga tak belajar bersungguh-sungguh masa nak ambil SPM dahulu. Sebab pengukur paling tepat perbezaan kepandaian ialah result SPM. Kenapa? Sebab semua orang di seluruh Malaysiapun ambil peperiksaan yang sebiji sama. So, kalau seorang dapat A dan seorang lagi dapat B, kita sudah boleh judge yang yang dapat A itu lebih bijak daripada yang dapat B itu. Betul tak? Walaupun orang kata SPM itu cuma penentu ukur untuk korang memilih course di universiti sahaja tapi sebenarnya result SPM adalah lebih daripada itu kepentingannya. Kalau tidak kenapa bila korang isi form nak minta kerja kerajaan kena isi result SPM? Haaa...kenapa agaknya ye?

Lagipun acik-acik takkan tanya result korang masa di universiti? Dorang akan tanya bellajar di universiti mana? dan ambil course apa? Walaupun sepandai/secorot manapun result korang semasa di unversiti, asal korang berjaya dapat ijazah sahaja sudah cukup. SPM lain sebab acik-acik akan tanya berapa result SPM korang? Tertekan doe kalau result tak best?

K lah korang. Itu sahajalah buat masa ini. Buat yang dapat result SPM yang cemerlang kali ini tahniahlah saya ucapkan. Korang memang power!

 

Tuesday, March 22, 2011

Rancangan Adik-Adikku - Teruja tengok bakat mereka!

Salam korang!

Semalam kan siaran langsung peringkat final pertandingan Adik-Adikku. Seramai 7 peserta cilik berentap. Bila fikir-fikir balik kecil-kecil lagi mereka sudah petah berbicara dengan bersahaja dan penuh isi. Mesti bila sudah dewasa mereka akan jadi pemimpin yang baik. InsyaAllah.

Siap Datin Rosmahpun turun padang untuk sama-sama menyaksikan persembahan si cilik ini.Membaca petikan akhbar pagi ini komen Datin Rosmah pasal rancangan ini.
Rosmah menyatakan rasa bangganya kerana rancangan ini berjaya membawa dimensi baru dalam dunia hiburan khususnya kepada golongan kanak-kanak untuk mencari alternatif berhibur dalam Islam. Betul
Sementara itu, Muhammad Amirul Munir Azlin, 10, dari Kedah dipilih sebagai pemenang dengan memenangi hadiah RM10,000 dan pelbagai hadiah iringan, manakala Syafiqah Fasiha Ahmad Safri, 11, dari Kedah sebagai pemenang kedua, serta Zaid Najmuddin Zul Akmal, 12, dari Wilayah Persekutuan, tempat ketiga.

Betul kan? Sebelum ini kita banyak disogok dengan hiburan dalam bentuk nyanyian, tarian dan lakonan untuk kanak-kanak contohnya seperti pertandingan "Bintang Kecil". Bila diperkenalkan pertandingan Adik-Adikku ini, sejuk sedikit mata dan hati memandang adik-adik mengalunkan ayat suci AlQuran, membaca hadis dan menceritakan sejarah kegemilangan Islam. Seronok dan dalam masa yang sama kita refresh balik dan tambah ilmu agama kita.

Hadiah yang ditawarkan juga amat lumayan rupanya. Wang tunai RM10,000 untuk juara dan siap ada pakej umrah untuk 2 orang. Best tu. Ada banyak lagi hadiah iringan yang best-best tapi saya lupalah apa dia. hehe~
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, semalam mengumumkan pemberian insentif geran pendidikan bernilai RM2,400 setahun kepada tujuh peserta akhir pertandingan Adik-Adikku anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Insentif menerusi Skim Pendidikan sebagai Ahli Kelab Santun Junior, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPIEM) itu diberikan kepada peserta bagi menampung kos pendidikan hingga ke Tingkatan Lima dengan syarat mereka perlu konsisten dengan kriteria ditetapkan.

Alhamdulillah, usaha murni mereka bertujuh berbaloi walaupun hanya seorang sahaja bergelar juara bila Datin Rosmah mengumumkan intensif pendidikan untuk mereka sehingga tamat tingkatan lima. RM2400 setahun tu. Siapa nak bagi kan?

oklah, apapun tahniah saya ucapkan kepada adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang berusia 10 tahun kerana merangkul gelaran juara Adik-Adikku musim kedua ini. Harap program ini akan diteruskan di masa akan datang. Jangan sampai 9 musim sahaja kalau boleh biar selama-lamanya.

k, bai!

Monday, March 21, 2011

Perlu ke buat baik dengan orang kita benci?

Salam korang!

 

Sudah berhabuk agaknya blog Simple Me ini tanpa update. Don’t worry, after this blog ini akan kembali aktif. Dalam erti kata lainnya saya akan cuba untuk update setiap hari sebab router internet di rumahpun sudah pulih seperti sediakala. Hari ini tak ada apa sangatpun update. Cuma saya amat tertarik dengan segmen Tafsir di Ikim.fm pagi ini pasal hubungan dengan ornag yang kita cintai dengan orang yang paling kita benci. Betul juga apa yang diperkatakan oleh Ustaz Zahazan.

 

Apa yang dikatakannya?
Berbuat baik/mempertahankan orang yang paling kita cintai itu bagus dan mulia.Tapi berbuat baik/mempertahankan orang yang paling kita benci itu lebih bagus dan lebih mulia.

Betul tak?

Sebab ia berkait dengan tahap kesabaran, ketenangan (sakinah) dan keimanan kita. Bila fikir balik betul juga katanya. Manusia hari ini bila dengan kawan baik baru nak berbaik-baik tapi bila dengan orang yang dibenci kalau boleh biar dia mati ataupun diseksa. Betul tak?

Ok,lah itu sahaja kot. Lupalah pula apa yang saya nak cakap.

K, bai!

=)

Friday, March 18, 2011

Lagu Sedetik Lebih - Anuar Zain memang terbaik!

Salam korang!

Sekarang ini orang dok cari dan dengar lagi Anuar Zain ini sahaja. Semua dok sayang-sayangkan Anuar Zain bila dia nyanyi lagu ini. Best sangat ke lagu yang merupakan OST Filem Hikayat Merong mahawangsa yang bila MrK review terus rasa macam err..best tapi tak nak tengoklah.
huhu~

Sayapun dok carilah di youtube lagu 'Sedetik Lebih' ini. Bila dengar sekali rasa nak dengar lagi dan lagi. Penangan anak Pak Zain ini memang dari dulu sama sahaja. Tak pernah menyusut. Kalau korang nak dengar bolehlah korang terus taip 'sedetik lebih' di youtube. Akan keluar segala mak nenek lagu ini. Ada yang siap nyanyi balik dalam versi tersendiri. Nak tergelakpun ada tapi amat mengujakan.

Kat sini saya nak share lirik lagu Sedetik Lebih sahaja. So jom layan lirik sama-sama.
SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar ibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Chorus;
Ternyata kuperlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa.

Kasihku…
kuamat menyintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih
selepas selamanya.

Di kala penuh ketakutan
dengan badai kehidupan
Kubersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Ulang chorus*

Ok lah, itu sahaja kali ini. Talian internet tidak best sekarang kan.
Router kat rumahpun dah rosak. Tak boleh nak berinternet di rumah.

Wednesday, March 16, 2011

Letupan Reaktor Nuklear di Fukushima : Bencana di Jepun belum berhenti lagi

Salam korang!

Semalam kecoh pasal letupan nitrogen di reaktor ketiga di Fukushima, Jepun. Semua yang tinggal dalam lingkungan 20-30km daripada logi kena berjaga-jaga. Kalau nak keluar kena pakai raincoat dan topi. Tapi kalau boleh tak payah keluarlah kan. Hmm..

Kasihan pula kepada warga Jepun dan juga rakyat Malaysia terutama pelajar yang sedang menimba ilmu di sana sekarang. Rupanya kesan tsunami di Jepun bukan sahaja melibatkan kemusnahan akbihat banjir dan gempa bumi tapi turut melibat masalah radiasi yang serius.

Harap pekerja di logi berusaha untuk mengatasi masalh di logi nuklear secepat mungkin. Dan Malaysia please hentikanlah niat untuk menggunaka teknologi nuklear di Malaysia. Kalau di Malaysia, satu reaktor meletupun boleh musnahkan seluruh semenanjung. Perrrgghh..tak dapat bayang. Bukankah kita pernah dilanda tsunami? Tak insaf lagikah?

p/s : janganlah dok menuding jari cari salah dan silap orang yang menyebabkan berlaku bencana. Yang penting cari kaedah penyelesaian kepada bencana tersebut. =)

Tuesday, March 15, 2011

Kesan Supermoon kepada saya~

Salam korang!

Dengar-dengar hujung minggu ini, 19/Mar/2011 akan berlaku kejadian supermoon dimana jarak bulan dengan bumi akan jadi amat-amat dekat. Katanya palinh dekat dalam sejarah!

Kesannya?

Kesan supermoon ini akan melibatkan kawasan-kawasan tepi laut atau pantai sebab laut akan bergelora lebih hebat berbanding biasa.

Apa kena mengena dengan saya?

Saya sebenarnya akan ke Seberang Perai pada 19hb Mar itu sebab ada member baik saya zaman UTM life kawen. Doakan keselamatan saya ye sebab Seberang Perai itu kategori tepi laut jugak kan?

ok, bai!

Monday, March 14, 2011

Kaitan Tsunami dengan saya : Jangan buat saya sedih

Salam korang!

Semuapun sudah sedia maklum akan kejadian yang menimpa negara matahari terbit, Jepun. Actually saya agak risau juga sebab company tempat saya bekerja sekarang adalah milikan Jepun. Dalam beberapa minggu lagi akan masuk tahun baru (Kalendar Jepun bermula pada 01 April).

Tiba-tiba dikejutkan pula dengan kejadian sedih ini. Saya tak tahu pula keadaan pejabat dan kilang majikan saya yang terletak di Omiya dan juga yang terletak di Kitakami. Harap-harap tempat-tempat itu tidak terlibat sebab yang saya dengar tempat yang terjejas teruk ialah d Honshu, Tokyo dan juga Sendai.

Harap increment kami tak terjejaslah ye.
Jangan buat kami di sini sedih pula ye.

Sunday, March 13, 2011

Bencana Alam semakin kerap : Tidakkah kita sedar?

Salam korang!
Salam hujung minggu.

Sekarang ini macam-macam perkara berlaku di seluruh dunia. Dengan banjir besar yang berlaku di beberapa negara. Diikuti pula dengan tsunami yang melanda Jepun jumaat lalu. Tidakkah kita terfikir ini satu petanda yang dunia dah semakin tua dan semakin tenat. Alam kita dah semakin tercemar dan tiada lagi istilah musim panas ataupun musim hujan. Dan semakin kucar kacir. Sebab itu bila penghujung dunia nanti matahari akan terbit di barat.

Mungkin buat masa ini ia nampak mustahil tapi sedikit masa lagi kita akan sedar ia tidak mustahil dan paling penting kita akan sedar bahawa punca ketidakstabilan alam adalah bepunca daripada kita sendiri.Punca tanah runtuh, punca suhu dunia meningkat atau bahasa mudahnya 'global warming', punca banjir kilat, punca jerebu, punca penyakit berjangkit, dan segala yang berkait dengan alam adalah berpunca daripada kerakusan manusia yang diberikan akal untuk befikir tetapi turut juga dibekalkan bersama nafsu dan juga dikelilingi oleh syaitonnirrojim untuk menduga akal dan tahap keimanan kita.

Ya Allah, lindungilah kami umat Akhir Zaman ini. Peliharalah kami daripada terus melakukan maksiat dibumiMu. Sesungguhnya hanya kepadaMu lah tempat kami bergantung harap.

p/s : beribadatlah hari ini seakan-akan kita akan mati esok.

Friday, March 11, 2011

KEJADIAN TSUNAMI DI JEPUN

Saya nak ucapkan takziah kepada mereka yang terlibat dengan kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun.Tadi di office pun boss-boss Jepun kecoh buka internet untuk tahu perkembangan di negara tumpah darah mereka itu.Tapi ada satu benda yang menarik perhatian saya masa buka FB tadi. Maksud TSUNAMI yang diterjemahkan sebagai;

TUHAN SURUH UMAT NABI MUHAMMAD INSAF

Sebenarnya saya tak tahu menahu langsung berkenaan kejadian Tsunami ini sehinggalah kawan saya call pukul 5 petang tadi semata-mata nak kongsi perasaan yang bercampur baur. Memang menginsafkan. Bila saya balik rumah baru saya online semata-mata nak tengok laporan kejadian. Saya ada tengok laporan daripada BBC dan juga  video-video kejadian tsunami itu. Memang DASYATTTT bak kata Nazmi Raja Lawak 5.

Saya selitkan video untuk korang layankan sendiri.



Perlu diingat bahawa kejadian ini berlaku pada hari JUMAAT.

Ok, bai!

 

Perihal tidur selepas subuh | cerita zuhud!

Salam korang!

Tahun baru Islam itu hari saya ada buat azam untuk tidak tidur selepas subuh kan? Haa..Alhamdulillah setakat ini saya berjaya untuk kawal diri supaya tak tidur selepas subuh dalam kereta. Rupanya banyak kesan positifnya. Antaranya

  1. Saya rasa lebih segar untuk memulakan kerja.

  2. Saya dapat menjimatkan lebih petrol sebab saya tak lepak lama dalam kereta. Selalunya bila tidur dalam kereta saya akan ON AIRCOND.

  3. Saya tak rasa kesempitan duit walaupun sebenarnya tak ada apapun yang berubah ataupun tak ada pendapatan yang bertambah. Ia lebih kepada keberkatan. Bila kita rasa cukup dengan yang sedikit.


Tadi pagi-pagi saya dengar Tafsir AlQuran di IKIM.fm macam biasalah kan. Tertarik dengan satu quote daripada Ustaz Zahazan pasal zuhud.

Dia kata orang yang zuhud ialah orang yang memegang DUNIA dengan TANGANnya. Umpama kita memegang BUMI yang bulat macam bola untuk dan menggenggamkan dengan tangan kita. Kita boleh membolak balikkan ia. Tapi orang yang CINTA DUNIA pula ialah orang yang memasukkan BUMI/DUNIA meresap dalam dalam HATInya.

Dalam erti kata yang simplenya;

Orang yang ZUHUD ialah orang yang memegang DUNIA dengan TANGAN tapi orang yang sebaliknya membiarkan DUNIA meresap ke dalam HATInya.

Thursday, March 10, 2011

Tiada keberkatan : Kenapa hidup tak senang | part 2

Salam ye korang!

Semalam saya bercakap pasal keberkatan yang mempengaruhi kehidupan kita sehari-hari dari segi duit dan sumber pendapatan kita. Memang duit memberi kesan mendalam sebab bila kita buat makan dan belanja ia sudah menjadi darah daging kita. Sebab itulah part 1 saya tekankan duit.

Part 2 ini saya nak fokus pada perkara-perkara lain yang berkait rapat dengan keberkatan iaitu perhubungan dan interksi kita dengan apa yang ada disekeliling kita. Secara umumnya ada 3 kategori.

1. Allah SWT ataupun tuhan (bagi yang bukan beragama Islam)

Hubungan denga Allah paling penting untuk dijaga sebab segala nikmat hidup dan ketenangan yang kita perolehi di dunia ini semuanya datang daripada Dia. Senang sahaja sebenarnya cara nak jaga hubungan dengan Allah. Ikuti segala suruhanNya dan tinggalkan segala laranganNya. Nampak mudah tapi sebenarnya tak semudah yang ktia sangka. Kalau iman tak dijaga memang mudah kita langgar peraturan yang Dia tetapkan. Undang-undang yang ada dalam Malaysia kita inipun belum tentu kita nak ikut. Apatahlagi undang-undang Dia yang maha sempurna.Tapi, at least kita kena berusaha untuk ikut.

2. Manusia lain.

Yang inipun penting. Tapi apa yang saya nak tekankan ialah hubungan kita dengan ibu-bapa kita. Apa-apa yang kita lakukan mestilah mendapat keredhaan mereka kalau tidak confirm hidup kita takkan tenang. Betul tak?

Lagi satu pula macam yang suffer8zine cakap berkenaan dendam, hasad dengki, khianat, fitnah, dan segala bentuk perlakuan kita yang tidak disukai orang dan menganiaya orangpun akan menyebabkan hidup kita tak senang. Memang manusia tidak dapat lari daripada perasaan sebegitu tetapi kita kena kawal diri. Jangan terlalu ikutkan nafsu dan hasutan syaitan. Kalau terlanjur melakukannya maka cepat-cepatlah memohon maaf kepada orang yang kita aniaya itu supaya kita tak perlu nak cari mereka di akhirat nanti. Banyak lagi sebenarnya tapi malas nak kupas. Korang fikirlah sendiri.

3. Haiwan, tumbuh-tumbuhan dan segalanya selain daripada manusia.

Hubungan kita dengan alampun kenalah jaga. Jangan aniaya binatang. Jangan aniaya pokok. Jangan suka-suka hati nak tambak laut. Jangan suka-suka hati nak tebang pokok, tarah bukit semata-mata untuk buat kondo. Jangan nak membazir air dan kuasa elektrik.

Kesan tak baiknya kita akan rasa tanpa sedar. Bencana alam yang berlaku sekarang inipun sebenarnya berpunca daripada pengainayaan kita terhadap alam. Sedar tak sedar itulah hakikat yang perlu kita telan. Dan confirm bencana alam akan buat hidup kita tak senang. Betul tak?

Oklah, setakat itu sahaja kali ini.

Bai!

Wednesday, March 9, 2011

Gelagat comel :Video bayi ajak berborak!

Salam korang!

Tadi sahaja tengok youtube cari keyword lawak budak kecil. Sekali terjumpa satu video cute si kecil 4 bulan dah pandai ajak berborak dengan orang.



Actually, sayapun tak tahu bila sebenarnya bayi akan mula ajak orangberborak macam dalam ini tapikan anak buah saya di usia 2 bulanpun dah pandai nak ajak borak macam itu. Tapi ikut mood dia jugalah. Kalau ok memang dia akan buat bunyi sebijik macam baby dalam ini seakan-akan berborak dengan kita. Masa itu memang sangatlah cute. Geram sahaja tengok.

Nanti kalau ada peluang saya rakam aktiviti borak-borak anak buah sulung saya Aliya Batrisya itu. Sekarang inipun hidup kami sefamily agak berubah bila ada si kecil Aliya ini. Nak pergi berjalan jauhpun kena fikirkan pasal si kecil ini.

Ok da. Tu sahajapun nak update.
eheh.bai!

Tiada keberkatan : Kenapa hidup tak senang?

Salam korang!

Pernah tak korang berada dalam situasi tidak menyenangkan?

Gaji dah cukup besar tapi masih rasa tak senang. Macam air yang dicurah atas daun keladi gayanya. Belum tengah bulan sudah kering.

Korang punya harta tapi harta korang itu selalu buat hal sama ada sengaja atau tak sengaja. Contoh paling mudah korang punya handphone, laptop/PC, kenderaan, peralatan elektrik penting di rumah seperti seterika baju, periuk nasi, cerek pemanas air, televisyen, kipas ataupun air cond.

Korang selalu hilang barang. Sama ada tercicir, dicuri, ataupun korang lupa mana korang letak barang korang itu.

Korang selalu tak cukup duit untuk bagi kepada mak ayah kamu. Selalu sahaja tak dapat nak membantu orang keliling kamu yang memerlukan terutama dari segi kewangan walaupun gaji kamu besar.

Cukuplah saya bagi 4 contoh di atas. Korang fahamkan apa yang cuba saya sampaikan. Dan kalau korang mengalaminya apa yang korang fikir for first time? Mesti korang salahkan takdir, salahkan harta korang, salahkan pengeluar yang hasilkan harta korang, salahkan orang yang curi harta korang, salahkan gaji yang sedikit (padahal dah cukup banyak).

Honestly dulu sayapun berfikiran sebegitu. Tapikan pernah tak korang terfikir apa yang berlaku itu berlaku disebab diri korang sendiri. Hmm..paling utama sekali ialah keberkatan sumber kewangan korang. Once kita guna sumber kewangan yang syubhah/haram maka kita telahpun create masalah dalam hidup kita tanpa sedar. Takut kan?

Paling penting sekali ialah sumber rezeki kita dapat daripada kerja kita. Korang kerjalah dengan bersungguh-sungguh sepanjang waktu office hour. Janganlah mengelat walau seminitpun kecuali kalau korang nak rest kejap sebab penat mengadap kerja. Kita tak tahu kan macam mana sebenarnya gaji kita diperhitungkan. Sama ada berdasarkan jam kerja ataupun 'janji kerja siap'.

Paling ketara sekali ialah bila ibu bapa bagi makan kepada anak-anak harta yang bercampur haram maka sukarlah untuk mendidik anak-anak menjadi insan cemerlang soleh solehah dunia akhirat.

So, sama-samalah kita mengejar keberkatan hidup!

k,bai!

Tuesday, March 8, 2011

Oh..baru tahu siapa bakal pengacara Melodi baru!

Salam korang!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhu0Bla3i7LJDmoVwRFoDjw88vNYeD31U5yOJUoLzSIZW3LqLcTHe-NG22b7Vr5oWjVwPfdvrjc6uwZ5wVnE4UDes4e2Bda1hFlIo_pXXhRlOxKk4GYtlQ2ZWCc1b_sAODs3xCKZH2hFB-K/s1600/pengacara+melodi.jpg

Patutlat ada kemunculan Dira dengan Zizan dalam MELODI episod sebelum-sebelum ini (saya tak ingat bila lagipun sekarang jarang dapat tengok MELODI).

Rupanya merekalah yang bakal menggantikan Wahid dan Farah Fauzana mengacarakan program penuh kontroversi dan gosip panas. Erm, saya sebenarnya tak dapat nak bayangkan gandingan Dira dengan Zizan akan jadi macam mana tapi saya yakin 100% ramai yang suka bila Zizan menjadi pengacara MELODI nanti.

http://farm4.static.flickr.com/3426/3175712817_5ebecf5c12.jpg

Apa kata korang?

pic credited to google =)

Siapa sebenarnya Pengacara AF9? : Tertanya-tanya pula

Salam korang!
Semalam saya ada tulis entry pasal pengumuman pengacara AF9 . Sayapun cedok cerita daripada blog orang kan. Kan saya dah tulis sumber rujukan di bawah entry tu.

Saya copy paste balik entry semalam kalau korang malas nak scroll bawah.hehe.

Sebenarnya agak terkejut juga sebelum ini bila ASTRO umumkan AF9 akan jadi Akademi Fantasia terakhir. Tapi bagus juga. Mungkin ASTRO punya sebab tersendiri dan mungkin juga akan menerbitkan program realiti yang lebih segar selepas ini. Mana tahu nak buat yang ada gabungan nyanyian dan lakonan dalam satu program pula kan.

Apa yang menyeronokkan dan buat saya nak tengok AF terakhir ini bukanlah sebab teruja nak tengok persembahan peserta tapi nak tengok Pak Nil kita yang baru sahaja diumumkan ASTRO petang tadi sebagai pengacara terakhir untuk program realiti terkenal itu. AF satu fenomena dan pencetus kepada kemunculan banyaknya program realiti lain selepas itu seperti Mentor, Malaysian Idol, Gang Starz dan lain-lain lagi.

Tahniah Pak Nil. Sayapun dah rindu betul dengan celoteh Aznil menjadi pengacara program. Almaklumlah Macam Macam Aznilpun sudah lama tak keluar TV kan. Setakat dengar suara dia di Radio ERA sahaja pagi-pagi kan.

Oklah, chow!
sumber : dahliajournal.com

Tapi hari ini pagi tadi bila dengar radio ERA tiba-tiba pula macam siaran ulangan. Baru nak umumkan pengacara AF petang nanti. Aik? Apa sebenarnya yang berlaku?

Kita tunggu petang ini pula ok.

k,bai!



Monday, March 7, 2011

Aznil Haji Nawawi jadi penutup tirai pengacara AF9!

Salam korang!
Sebenarnya agak terkejut juga sebelum ini bila ASTRO umumkan AF9 akan jadi Akademi Fantasia terakhir. Tapi bagus juga. Mungkin ASTRO punya sebab tersendiri dan mungkin juga akan menerbitkan program realiti yang lebih segar selepas ini. Mana tahu nak buat yang ada gabungan nyanyian dan lakonan dalam satu program pula kan.

Apa yang menyeronokkan dan buat saya nak tengok AF terakhir ini bukanlah sebab teruja nak tengok persembahan peserta tapi nak tengok Pak Nil kita yang baru sahaja diumumkan ASTRO petang tadi sebagai pengacara terakhir untuk program realiti terkenal itu. AF satu fenomena dan pencetus kepada kemunculan banyaknya program realiti lain selepas itu seperti Mentor, Malaysian Idol, Gang Starz dan lain-lain lagi.

Tahniah Pak Nil. Sayapun dah rindu betul dengan celoteh Aznil menjadi pengacara program. Almaklumlah Macam Macam Aznilpun sudah lama tak keluar TV kan. Setakat dengar suara dia di Radio ERA sahaja pagi-pagi kan.

Oklah, chow!
sumber : dahliajournal.com

Sambungan Drama Asmara: Asmara 2 mulai 8 Mac!

Salam korang!





Seperti yang dijanjikan sambungan sekual drama slot lestary Asmara akan keudara selasa ini. Mesti ramai yang tak sabar nak tengok sambungan drama ini kan? Walaupun gosip cinta 3 segi antara hero drama ini, Shahz Jaszle dengan Neelofa dan Maria Farida sedikit mencalar kreadibiliti dia. Hmm..

Nak tahu sinopsis cerita ini.Jom baca di bawah ini yea;
Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.

Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

barisan pelakon seperti Shahz Jaszle (Asmara), Faralyna (Melati), Faezah Elai (Zaliya), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi & Rahim Jelani.Err..Maria Farida tak ada ke dalam drama kali ini?

Credit sinopsis to ohbulan.com

Jom pakat-pakat tengok drama ini setiap selasa ok.

k,bai!

Sunday, March 6, 2011

Keputusan Pilihanraya Kecil : BN sapu bersih Kerdau dan Merlimau!

Salam korang!

Sesekali update pasal politik tak salahkan. Haha. Saja nak cakap sebab baru sahaja dengar dalam TV pasal keputusan Pilihanraya Kecil di Kerdau dan Merlimau.

BN menang dengan majoriti yang cukup besar di kedua-dua kawasan.

Di Merlimau calon BN Roslan Ahmad menang dengan majoriti tiga ribu lebih terhadap calon PAS Yuhaizad Abdullah .

Di Kerdau calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menang dengan majoriti dua ribu lebih terhadap calon PAS Hassanuddin Salim .

Apapun tahniah kepada wakil rakyat yag menang. Dan harapan saya dorang akan memajukan kawasan masing-masing dengan sewajarnya. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja ye. Janji yang ditabur sepanjang kempen mestilah ditunaikan.

 

k, peace no war!

bai!

 

Yuna confirm bercinta dengan Qi

Fuh...terkejut tak? Ok fine. Saya seorang sahaja yang ketinggalan. Korang semuapun dah tahu kan pasal ini. Yang bestnya dorang umumkan secara official melalui facebook.

Saya tahu pasal inipun daripada blog Abang Nara kita. Apapun, saya doakan semoga perhubungan Yuna dengan Qi berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat msing-masing.

Saya snapshot sikit artikel Beautifulnara. Wahh...memang moden habislah dorang.



Apapun tahniah ok. =)

Friday, March 4, 2011

Ismah Beach Resort di Pantai Padang Kamunting| Terbaik

Salam korang!

Dah lama tak review tempat menarik yang ada dalam Malaysia ini. Oh, sebab sayapun dah lama tak berkesempatan untuk travel. Selain nak kumpul budget untuk kahwin, ada banyak pula perkara yang nak kena settle guna duit lately.

Tapi, last weekend saya berkesempatan ke Melaka. Yeah! Seronok dapat kembali ke zaman Matrikulasi dahulu. Sebenarnya destinasi saya ialah pantai. Ada Family Day anjuran Alumni Kelab Lambaian Masyarakat yang saya sertai masa zaman menjadi student UTM dahulu. Kelab ini antara kelab kesayangan dan paling meninggalkan kesan yang bukan sedikit kepada saya. So, korang yang masih lagi bergelar student, rajin-rajinlah join aktiviti di Universiti korang. Tak rugi .Untung lagi ada.

Kami telah memilih Ismah Beach Resort di Pantai Padang Kamunting sebagai tempat penginapan dan melaksanakan family day activities. Pantai ini terletak di tengah-tengah antara Pantai Klebang dan Pantai Tanjung Bidara. Serius masa zaman matrik dahulupun saya cuma kenal Pantai Klebang dan Pantai Tanjung Bidara sahaja. Mungkin masa itu pantai ini baru nak naik kot.

Apa yang boleh saya cakap pakej yang resort ini tawarkan menarik dan kemudahan yang disediakan amat sesuai dengan aktiviti yang kami rancang.

Contoh pakej yang saya capture from their website;

PAKEJ SEMINAR BERMALAM
2 HARI 1 MALAM




























Sun - ThurFri - Sat &
School Holidays
Eve & Public Holidays
Single OccupancyRM142nettRM152nettRM160nett
Twin SharingRM100nettRM110nettRM120nett
Triple SharingRM88nettRM98nettRM108nett



Package inclusive of:









  • Penginapan selama 2 hari 1 malam.

  • 6 x makan (B/CB/L/TB/D/SP).

  • Kemudahan Dewan Seminar (P.A. System Dan Peralatan
    Papan Putih / Layar
    Pensel & Kertas A4
    Gula gula dan Air Mineral (Pot).)

  • FREE visit to Turtle Sanctuary.




  • 50% Diskaun untuk peralatan BBQ.

  • Peralatan TELEMATCH percuma.

  • 10% Diskaun untuk peralatan



Itu salah satu pakej yang ditawarkanlah.
Berbaloi tu. Bilik ada aircond dan TV. Toiletpun lengkap dengan water heater. Memang tidur lena sampai ke pagi. Dia ada juga sediakan pakej ikut kesesuai budget kita. Contoh kalau nak bilik untuk 2 orang tapi nak tambah extra katil. Boleh duduk 3 orang satu bilik dengan harga yang lebih menjimatkan.

Lagipun Ismah Resort ini ada juga sediakan dewan makan yang luas. Paling penting kalau kita tak nak makan under pakej dan nak bawa masuk outside food pun tak ada masalah. For BBQ kami cuma sewa peralatan BBQ (pihak resort dah siap bakarkan arang) dengan harga RM100 sahaja termasuk sediakan meja dan juga kerusi untuk kami beraktiviti semasa ber BBQ. Resort inipun terletak betul-betul di tepi pantai. Siap ada kawasan lapang di pantai yang kami boleh gunakan untuk aktiviti sukaneka.

Pusat Penternakan Penyupun terletak betul-betul hampir dengan resort. Jalan kaki 2,3 minit dah sampai. hehe! Kalau kita menyewa di Ismah Beach Resort memang confirm dapat melawat Pusat Penternakan Penyu ini secara percuma.

Selain itu resort ini ada sediakan juga kolam renang (walaupun tak besar tapi berbaloilah kalau setakat nak berendam itu kan. Nak berenang memang tak bolehlah sebab paras pinggang je airnya. hehe!

Rating boleh bagi ialah 8.5/10

Kalau amik exam dah dapat A tu.

k, bai!

nak tahu lebih lanjut? leh klik SINI

Wednesday, March 2, 2011

Tempoh bayar saman dilanjutkan ke 10 Mar 2011 ini!

Salam korang!

Korang dah settle kan saman trafik ke belum? Saja tanya sebab tadi dengar di radio yang tempoh bayar saman berdiskaun 50% akan dilanjut sehingga 10 Mar 2011 ini.

Saya sebenarnya masa last day tu serius cuak sebab last check hujung bulan December 2010 dan masa itu check tak ada saman. Tapi risau juga dalam tempoh 2 bulan selepas itu kot kot lah ada ter-drive laju. Err..memang adapun lagi-lagi bila drive ke Selayang melalui NKVE. Speed limit 90 je sedangkan jalan punyalah lengang. Manalah hati ini dapat tahan. Tapi laju-laju sayapun 110 je. Kelajuan maksimum yang dibenarkan di Highway.

28/Feb/2011 tak dapat nak check saman online disebabkan trafik yang terlalu tinggi. Almaklumlah Malaysian memang suka kepada 'last minute' style. Daripada student sampailah ke orang-orang tua suka pada style ini kan. Alaa..korang kalau ada exam tu esok, Sehari sebelum itu baru pulun study kan. Betul tak? Jangan nak tipulah sebab sayapun pernah jadi student.

So, semalam barulah berpeluang nak check saman. Alhamdulillah selamat tak ada saman. Lega rasanya. Korang kan yang ada lesen dan ada kereta even korang rasa dah cukup berhemah di jalanraya tolonglah take initiative check manalah tahu tiba-tiba korang dapat saman kan. Sebab ada few cases yang terjadi orang dapat saman sedangkan masa tarikh dan masa disaman itu dia tak ada di tempat tersebut. Sedang bersenang-senang di rumah. Mungkin error berlaku pada system lah kan. System ciptaan manusia kan tak perfect. Sedikit sebanyak mesti ada kelemahan juga kan.

" percaya tak 10/Mar nanti baru ramai nak bayar saman?"

Hahahaha! Ok, kita tunggu dan lihat!

Jom check sama korang di SINI. Tapi kena register dululah kan. Takpe sebab tak perlu bayar dan sekejap sahaja process pendaftaran.

 

ChurpChurp ini kenapa?

Salam korang!

Lately saya ada sedikit kebengkekan dengan ChurpChurp. Bukanlah masalah payment ataupun duit tak masuk. Alhamdulillah, ada jugalah yang saya berjaya kumpulkan cuma tak cukup sahaja untuk cash out. Apa yang saya suka pasal ChurpChurp ini kita tak perlu nak update blog cuma perlu aktif facebook dan twitter sahaja sebab kat situlah akan jadi tempat kita gebangkan kempen-kempen menarik untuk kumpulkan pendapatan. Hmm..

Tapikan, lately saya selalu dapat email yang berkenaan Campaign Assignment tertentu contoh macam di bawah inilah kan.Tapi, bila saya log in akaun ChurChurp itu, tengok-tengok tak adapun assigned campaign untuk saya settle kan. Macam kat bawah ini.



Korang pernah alami pengalaman macma saya tak? Cer citer! Cer citer!

ok,bai!

Followers

JOM EXCHANGE LINK DI SINI!

Kalau mahu exchange code boleh klik SINI ATAU di banner ni

-:Cabaran 30 hari kebenaran

baru lepas 8 hari..