Wednesday, May 11, 2011

Macam mana nak hidup tenang 1 : Buat sesuatu keranaNya!

Salam korang!

Seronokkan bila tengok orang lain dapat peluang yang lebih baik baginya di tempat lain. Seronok melihat wajah kegembiraan mereka bila mendapat peluang pekerjaan yang baru. Pekerjaannya itu diimpikan oleh ramai orang tapi dia amat bertuah sebab dia dapat mencapainya. Tapi semua itu bukan bermakna kita tidak layak, kita bernasib kurang baik/malang ataupun kita tidak setanding dengan dia. Tapi, Allah SWT sudah tetapkan rezeki kita untuk mendapat peluang kerjaya impian belum sampai. Dan ia adalah perkara paling baik buat kita pada masa itu. Makna kata Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Dia tahu tahap kelayakan kita untuk memikul tanggungjawab yang bagaimana tahapnya dan dia takkan timpakan kita dengan ujian dan tanggungjawab melampaui kemampuan kita.

Walaupun kita sudah berusaha keras untuk mendapatkan pekerjaan itu tapi selagi kita tidak dapat menggapainya selagi itu kita kena berusaha dan bermuhasabah diri. Fikirkan apakah kekurangan yang ada pada diri sehingga Allah tidak mengurniakan pekerjaan tersebut kepada kita. Kekurangan itu bukanlah specific kepada pengalaman dan pengetahuan sahaja tapi juga dari segi pengawalan emosi dan juga peribadi diri. Bila sudah kenalpasti kelemahan diri itu, berusahalah untuk memperbaikinya. Takkan ada jalan mudah untuk berjaya. Dan tak ada pula perkaitannya dengan nasib tapi semua itu terletak kepada tahap usaha dan rezeki kita.

Saya cukup suka dengan penekanan yang diberikan oleh sahabat saya dalam apa sahaja urusan yang kita lakukan. Walau sekecil manapun urusan itu kalau kita niatkan kerana Allah, maka urusan itu akan dapat dijalankan dengan mudah dan lancar. Tapi, kalau urusan itu tidak berjaya bukan bermaksud Allah itu tidak mahu menolong tetapi itu satu ujian Allah kepada kita sebagai hambaNya. Sejauh manakah kesabaran kita untuk menghadapi dugaan dan ujianNya? Tepuk dada tanyalah iman. Kalau kita betul-betul ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah, kita tak akan mudah kecewa. Kita akan redha dengan apa yang ditentukan dan jika boleh usahakan lagi selagi boleh sehinggalah apa yang kita hajati itu tercapai. Putus asa memang tak ada dalam kamus hidup seorang muslim sebenar kan?.

Allah SWT tidak akan membiarkan hambanya terus diuji melangkaui kemampuan. Jadi, bila sampai satu tahap, apa yang kita usahakan pasti akan berjaya dicapai. Lambat atau cepat sahaja. So, ayuh semua. Kita berusaha!

1 comment:

Doughboy said...

I want to send you an award for most hefpull internet writer.

Followers

JOM EXCHANGE LINK DI SINI!

Kalau mahu exchange code boleh klik SINI ATAU di banner ni

-:Cabaran 30 hari kebenaran

baru lepas 8 hari..