Thursday, May 12, 2011

Macam mana nak hidup tenang 2 : Restu Ibu

Salam korang,

Hujung minggu hari tu kan Hari Ibu. Fuhh, sekarang ini setiap sambutan mesti orang mahu korek-korek kisah dan  rahsia di sebalik hari tersebut. Macam Valentine Day juga lah kan. Hari Ibu pun ada juga rupanya kisah silamnya yan tak kurang hebat. Korang try lah cari sendiri apa kisahnya.Malas pula nak menggali panjang-panjang. Siap ada yang claim Hari Ibu pun HARAM disambut. Apakah ini?

Tapi hari ini saya bukan nak cerita sangat pasal Valentine Day ataupun Hari Ibu tapi kisah berkenaan ibu. The powerful of Restu Ibu. Yeah, ramai orang zaman sekarang yang mengabaikan dan memandang enteng restu ibu. Padahal begitu besar pengaruh ibu kita dalam hidup kita sampailah kita mati kelak. Bila difikir-fikirkan balik memang dasyatlah kesan restu ibu ini.

Bila tengok berita akhir-akhir ini banyak sangat kisah anak derhaka kepada ibu Siap pernah keluar surat khabar kan kisah anak pukul ibu,tikam ibu malah ada juga kisah anak bunuh ibu. Menakutkan. Kenapalah mereka boleh melakukan sebegitu terhadap ibu kandung mereka sendiri. Penat lelah jerih perih ibu-ibu memelihara daripada kecil sampai sudah besar panjang. Nak melayan kerenah si anak yang macam-macam daripada kecil sampai besar. Mungkin mereka lupa atau tak percaya yang syurga terletak di bawah kaki ibu. Mungkin mereka tak tahu atau lupa bahawa menderhaka kepada ibu bapa ialah satu-satunya dosa besar yang balasannya akan diterima sejak di dunia lagi. Tak tangguh-tangguh pembalasan.  Masa hidup pun anak derhaka akan menerima pembalasannya. Pembalasan pula datang dalam pelbagai bentuk.

Satu perkara penting yang takkan dapatdiperolehi bila menderhaka ialah restu. Tanpa restu seorang ibu apalah yang boleh dilakukan oleh seorang anak di dunia ini. Ketenangan memang langsung tak dapat. Kebahagiaan lagilah jauh panggang dari api. Silap-silap korang terseksa jiwa raga. Kalau ibu masih ada sempatlah untuk memohon ampun tetapi jika mereka sudah tiada, sampai matilah menanggung sengsara. Drama-drama TV pun tak kurang hebatnya mengetengahkan drama-drama menarik sempena Hari Ibu. Sangat tragik dan menyayat hati kisah-kisah yang disiarkan. Kalau tak insaf juga maknanya adalah yang kita kena bersihkan dalam diri.

So, marilah kita sama-sama menginsafi diri. Pahala yang paling senang untuk kita perolehi ialah daripada ibu bapa kita sendiri. Menatap wajah ibupun dapat pahala. Melakukan kebaikan kepada ibu juga dapat pahala. Menggembirakan hati ibupun dapat pahala. So, jom kita balik kampung jumpa ibu kita. Kita tengok muka dia puas-puas. Kita buat dia gembira dan ketawa. Semoga kita menjadi salah seorang anak yang diredhai oleh ibu bapa kita.

K, bai!

1 comment:

Delia said...

That saves me. Thanks for being so senisble!

Followers

JOM EXCHANGE LINK DI SINI!

Kalau mahu exchange code boleh klik SINI ATAU di banner ni

-:Cabaran 30 hari kebenaran

baru lepas 8 hari..